Showing posts with label Mata Ganjaran. Show all posts
Showing posts with label Mata Ganjaran. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

Mengapa Perlu "Pergi Lebih Jauh!" - 2

Assalamualaikum dan Jumpa Lagi dalam Topik ini.

Kita kadang2 terlupa yang kita pernah menjadi bayi, membesar sebagai kanak2, menjadi remaja, dan orang dewasa...

Dan begitu juga kita didalam sesuatu organisasi, mungkin dulu kita sebagai orang bawahan dan sekarang sudah memegang pangkat sebagai Pengurus.
Persoalannya disini, apakah kita (Sebagai Pengurus) telah melakukan sesuatu yang seperti kita harapkan Pengurus kita lakukan semasa kita menjadi perkerja bawahan 10 atau 20 tahun dulu? Kalau ya Jawapan anda tahniah!

Tapi mungkin juga ramai yang hanya melepaskan kerjanya dulu kepada pihak bawahan tanpa membuat apa2 penambahbaikan diperingkat pengurusan.

Kenapa saya timbulkan permasalahan ini kerana tanpa usaha atau penambahbaikan dari pihak yang mengetahui /berpengalaman dengan sesuatu perkara maka sukarlah untuk kita pergi lebih jauh.

Saya rasa banyak contoh yang boleh kita ambil bila bekerja didalam sesuatu syarikat.

Contohnya kalau sesuatu syarikat yang merekacipta sesuatu produk tidak mempunyai rekod untuk standard ataupun rekod kegagalan ataupun rekod know how nya maka tidak mustahil masalah yang sama akan berulang apabila merekacipta produk terbaru.

Saya berpendapat faktor masalah yang selalu berulanglah yang menyebabkan kita tidak dapat pergi lebih jauh. Macammana kita nak buat sesuatu perkara yang lain sekiranya kita dilingkungi dengan isu2 yang sama setiap hari dan yang lebih teruk lagi kita menggunakan sistem yang sama atau pendekatan yang sama untuk menanganinya yang telah terbukti tidak berkesan (sebab kalau sistem yang kita ada berkesan masalah sama mungkin tak berulang dan walaupun masih berulang, kita terus dapat tahu kelemahan dimana dan tindakan cepat diambil)

Apabila sesuatu sistem atau tindakan itu berkesan, maka kita mempunyai lebih masa (sebab tiada isu sama berulang dan tindakan pembaikan dapat diambil dengan segera). Masa ini boleh digunakan untuk sesuatu yang lebih berfaedah untuk meneroka benda baru ataupun untuk memikirkan idea bagaimana untuk meningkatkan lagi produktiviti atau penambahbaikan dalam sesuatu organisasi.
Mungkin jugak yang risau bila sistem sudah bertambah cakap, maka ada pekerja yang akan dibuang dalam usaha untuk mengurangkan kos- dan ini adalah salah satu impaknya.

Tapi insyaallah kalau kita percaya sebenar-sebenarnya yang rezeki itu hak Allah, kita hanya perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam segala kerja yang diamanahkan kepada kita... yang lain biar Allah yang tentukan..

Wassalam


Saturday, December 3, 2011

Cuti Sekolah - Macammana Nak Ceriakan Anak2 dan Diri Anda?

Assalamualaikum..

Mungkin masih belum terlambat untuk berkongsi sedikit Tip yang sedikit sebanyak boleh digunapakai apabila anda mempunyai anak yang agak ramai terutama dalam lingkungan antara 5 hingga 11 tahun.

Seperti yang kita ketahui, seorang kanak2 dalam lingkungan umur diatas sudah pandai menilai apa yang seronok dilakukan dan apa yang tidak tetapi tidak dapat berfikir jauh apakah kesan daripada aktiviti yang dilakukannya itu.

Begitu juga dengan anak2 saya yang agak ramai dirumah, amatlah susah untuk meminta menolong melakukan sesuatu atau berhenti dari melakukan sesuatu. Jadi apabila dah sampai tahap kritikal, maka rotanlah yang akan menjadi penyelesaiannya.

Disatu pagi saya ada terdengar ustaz Zahazan dalam temuramah di TV3 ada menyentuh berkenaan dengan ganjaran yang ditawarkan pada anak2 supaya dapat melakukan sesuatu yang bermenafaat. Biasanya ganjaran tu biasa la kita sebut yang biasanya dalam bentuk monetary (wang atau benda). Contohnya kalau tolong jemur kain dapat seringgit ataupun kalau basuh pinggan dapat 50 sen, ataupun kalau dapat 5A dalam UPSR dapat basikal baru dan sebagainya.
Ganjaran begini mungkin ada kesannya tapi biasanya tak berpanjangan.
Ye lah mana tahan kalau sikit2 asyik nak bagi duit, bila dah bagi duit pulak buat ala kadar saje pulak.
Sebaliknya pulak kalau anak2 kita ada sikap2 yang negatif seperti bangun lambat, liat untuk solat, selalu bergaduh, berebut tempat duduk dalam kereta, berebut macam2 lagi dan sebagainya bagaimana anda hendak mengatasinya?

Saya mendapat idea untuk memperkenalkan mata ganjaran atau kad kelebihan.

Mata ganjaran akan diberikan untuk kes2 berikut contohnya;

1. Apabila Pertolongan diberikan contohnya basuh pinggan, jemur baju, angkat baju, buang sampah dan sebagainya.

2. Apabila Sesuatu dilakukan lebih dari standard yang dikehendaki - contohnya mandi sebelum pukul 7 malam, Sembahyang Berjemaah, bangun pagi sebelum dikejutkan dan sebagainya.

Mata Ganjaran pula akan dipotong dalam kes2 berikut;
1. Gagal Melakukan Perkara Yang Asas  contohnya liat untuk solat, mengemas bilik sendiri, membasuh pinggan sendiri dan sebagainya yang patut.

2. Melakukan Sesuatu yang Membawa Mudarat seperti memulakan pergaduhan, mengejek dan sebagainya.

3. Mata Ganjaran ditebus untuk mendapatkan sesuatu kelebihan.

Dan yang paling penting, bagaimana mata ganjaran yang terkumpul tadi dapat digunakan? Ia boleh digunakan dalam situasi berikut.

1. Tebus untuk Kelebihan- Apabila Perebutan berlaku contohnya berebut tempat duduk di dalam kereta atau berebut makanan, atau siaran TV dan sebagainya. Anak anda boleh menebus mata untuk mendapatkan keutamaan dalam membuat pilihan. Sesiapa yang menwarkan tebusan yang tinggi tentulah akan mendapt kelebihan itu.

2. Monetary Reward - Terserah kepada anda untuk setiap bulan mungkin memberi wang ringgit atau hadiah berdasarkan mata yang dimiliki. Anda mungkin boleh memilih untuk membawa mata mereka kebulan seterusnya ataupun mengosongkan balik mata mereka setiap bulan.

Selamat memcuba.. Wassaalam..






Thursday, November 24, 2011

MS Access: "Mari Belajar Memasak"-Menu Pertama (Sambungan)

Assalamualaikum..
Jumpa lagi! anda dah bersedia untuk memasak? Mula2 mari kita tengok balik apa yang kita ada untuk  masak:

1. Menu Kita (Dalam Kepala atau seeloknya  tulis atas kertas)

"Senarai Pelajar Lelaki Melayu yang Mendapat 5A dalam UPSR 2011" 

2. Senarai Bahan-bahannya yang hendak disediakan (Seperti Dalam Table Design View)


1. Nama Pelajar
2. Jantina 
3. Keturunan 
4. Kelulusan 
5. Peperiksaan 
6. Tahun   













3. Bahan2 yang telah disediakan (rekod senarai pelajar dan kelulusan seperti yang kita senaraikan -kita beli sikit saja (rekod yang kita masukkan) untuk cuba masak takut tak jadi nanti kan rugi)














Maknanya sekarang2 kita dah boleh mula memasak. Anda mungkin bertanya mana alat-alatan untuk memasak seperti kuali ka, sudip ka, blender ka - itu kita kira sudah tersedia sebab pokai la kalau setiap kali nak masak kena beli semua benda tu..
Cara nak memasak (Queries) step by step boleh didapati dalam link yang sama dalam entry sebelumnya. Anda kena  masukkan semua bahan2 tadi (6 senarai)- kalau tak masakan (menu) kita tak lengkap-atau silap2 tak menjadi langsung.

Queries anda akan kelihatan seperti dibawah- kalau tak dapat delete balik query tu, baca bahan rujukan tadi dan cuba lagi. Tak dapat jugak call saya 0123456789 (sure ada jawapan punye!)





Ini bentuk Queries Dalam Design View
Nota: Belah atas tu adalah senarai field (bahan2) yang terdapat dalam table. dan sebelah bawah pulak adalah field(bahan2) yang hendak digunakan dalam pembuatan queries kita.



Ini pulak Queries bila kita Run (!) ataupun dalam datasheet view.
Nota: kita masih belum dapat apa yang kita hendak tadi sebab kita belum set apa2 kriteria pun lagi. Senarai yang dipaparkan sekarang sekarang adalah sama macam Table (bahan2 mentah) tadi- masih boring?!







Berbalik kepada queries yang kita mahukan tadi..kita perlu setkan kriterianya terlebih dahulu dalam Design View Queries Tadi. Bagaiamana caranya adalh teramat-amat senang- cuba tengok apa yang kita mahu seperti dibawah. Cuba kenal pasti kata kuncinya (keyword)
"Senarai Pelajar Lelaki Melayu yang Mendapat 5A dalam UPSR  2011"
Kata kuncinya Adalah;
Lelaki   = Jantina
Melayu = Keturunan
5A        = Kelulusan
UPSR   = Peperiksaan
2011    = Tahun
So langkah seterusnya adalah memasukkan (menaip) semua kata kunci tadi kedalam ruang kriteria mengikut field masing2  dalam  design view seperti dibawah;

Dah berjaya membuat seperti diatas anda akan mendapat senarai yang dikehendaki seperti dibawah (hanya seorang saja yang memenuhi kriteria). Tak percaya? cubalah check sendiri satu persatu dalam table..

kalau anda berjaya, tahniah sebab anda telah berjaya "memasak menu pertama", rasanya dah ada, tapi dari segi persembahan atau masa yang diambil.. jangan la berkira sangat untuk kali ini..

Sebelum mengundur diri,saya ingin bertanya, bolehkah kita memasak menu lain selain diatas dengan menggunakan bahan2 yang sama yang kita telah sediakan?
Jawapannya  mestilah Ya dan disitulah pentingnya kreativiti seorang Chef...

Jumpa Lagi.. Wassalam..