Sunday, June 17, 2012

Percutian Ke Utara - Diari 4 Hari 3 Malam - 1

Assalamualaikum..!

Sambung pasal percutian kami sekeluarga ke utara masa cuti krismas tahun lepas.

Hari Pertama: Bangi Ke Sungai Petani

Kami bertolak agak lewat dalam pukul 3 petang dari Bangi - Anggaran dalam pukul 8 malam boleh sampai di Sungai Petani dan bermalam disana sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis pada pagi esoknya.
Kerana musim cuti, kenderaan teramat banyak di Highway Plus dan kami sampai di Sungai Petani dalam pukul 10 malam.
Inilah kali pertama saya melalui highway plus lebih dari Kuala Kangsar, biasanya kalau sesekali balik kampung ke Kota Bharu melalui Grik saya akan keluar ikut susur keluar Kuala Kangsar.
Bermakna kami akan merasai pengalaman baru apabila melepasi Kuala Kangsar . Jalan agak sesak ketika kami menghampiri Tol Juru dan selepasnya. Bagaimanapun kami semua merasa sungguh teruja sebab seperti yang diperkatakan tadi semuanya adalah pengalaman baru bagi kami.

Di Sungai Petani, kami bermalam dirumah keluarga kawan isteri saya semasa di ITM (sekarang UiTM) dulu. Tuan rumah menjemput kami selepas kami keluar Dari Tol Sungai Petani dan jarak perjalanan dari Tol ke rumah adalah dalam jangkamasa 10 minit.
Saya difahamkan yang sekitar rumahnya dulu adalah sawah padi tetapi sekarang tak banyak lagi sawah padi yang tinggal.
Disebabkan dah malam saya hanya nampak gelap saja kat luar, tak dapat nak melihat pemandangan sebenar.
Selepas mandi, kami dijamu makan oleh tuan rumah sekenyang2nya.
Oleh kerana keletihan kami terus tidur untuk meneruskan perjalanan keesokan pagi..
Isteri saya mungkin sempat berbual lebih panjang dengan tuan rumah sebab dah lama tak berjumpa...

Hari  Kedua: Sungai Petani ke Langkawi

Bangun sebelah pagi saya dapat melihat pemandangan sebenar sekitar rumah, memang kawasan sekitar sawah padi banyak ditambak untuk membuat rumah tapi  masih ada lagi sawah padi yang kelihatan. Suasana pagi sememangnya nyaman dan damai.
Selepas bersarapan dengan pulut durian yang sedap tak boleh nak cerita..(Terima kasih kepada Nani dan Keluarga kerana Menerima kami sebagai tetamu- moga Allah memberkati anda sekeluarga kerana layanan yang diberikan)
Gambar Hiasan- Bukan Gambar Sebenar sebab tak  bawa kamera


 kami bertolak ke langkawi sekitar pukul 9 pagi. Dalam perjalanan Kami  singgah di Pekan Rabu untuk melihat sendiri suasananya-agak meriah juga walaupun kami tiba agak awal (yang penting senang nak parking..)
Selepas membeli sedikit buah tangan kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis. Setahu saya ada dua tempat dimana kita dapat menaiki feri satu di Kuala Kedah dan satu lagi di Kuala Perlis.

Sampai di Kuala Perlis kat pukul 12 lebih - matahari atas kepala.

Tengok kawasan parking banyak, dan banyak pulak yang penuh, so pergi la tanya mamat yang dok atas motor macam mana nak parking kat situ. mamat tu cerita parking kat mana2 pun sama saja, Majlis Bandaran charge RM10 sehari.

Aku pun dah malas nak pikir2 lagi ikut aje mamat tu cari tempat parking. rupanya tempat parking di mana saja tempat kosong di tepi jalan disekitar kawasan Jeti Kuala Perlis. Walaupun ada kawasan parking yang "berpagar" dengan caj yang sama- untuk tak cari hal aku bayar aje kat mamat tadi RM30 untuk 3 hari . Dia kata malam2 dia pakat dengan kawan2 akan ronda untuk jaga keselamatan kereta dibawah "jagaannya".

Aku dah turunkan awal2 beg2 dan ahli keluarga yang lain berhadapan dengan jeti tadi sebab aku agak tempat parking mungkin jauh, senang la nak minta mamat tadi hantar aku ke Jeti.

Kami makan tengahari di restoran yang berdepan dengan jeti.

Lepas makan aku pergi check tiket feri untuk ke langkawi- masa tu tiket yang terdekat kalau tak silap pukul 1:30 dah habis, so aku ambik tiket yang seterusnya pukul 3 ptg. Seperti yang dijangka, pukul 4 ptg baru feri sampai dan kami sampai di Jeti Kuah dalam pukul 5 ptg.
Jeti Kuala Perlis

Aisyah dan Dina Masa Menunggu Feri Kat Jeti Kuala Perlis





Tiba di Jeti Kuah dan keluar saja dari terminal aku terus menelefon tuan Kereta dan Tuan Homestay. Segalanya berjalan lancar walaupun kelam kabut sikit sebab aku tak tahu kat mana restoran KFC.

Lepas ambik kereta (KIA Optima) - aku terus ikut Tuan Homestay ke Homestaynya di Durian Perangin.

Perjalanan dalam 15 minit je-sampai sana kat pukul 6 ptg.

http://www.homestaylangkawi.com/











Lepas dah masukkan barang2 dalam rumah, aku keluar untuk pergi mencari barang2 makanan untuk dimakan. Kedai Runcit yang terdekat adalah jalan untuk ke Pantai Tanjung Rhu.

Lepas makan malam, kami sekeluarga keluar untuk Shopping sebab takut tak cukup masa keesokkannya dengan aktiviti yang telah dirancang penuh.

Kami terus ke Pekan Kuah dimana masih ada banyak kedai yang dibuka walaupun jam dah melebihi pukul 9 malam.

Kami sempat membeli coklat yang ternyata amat murah dan window shopping untuk membuat perbandingan harga.

Pukul 10 malam kebanyakan kedai dah mula tutup dan kami pulang ke Home Stay untuk berehat...
Untuk hari kedua saya sambung di post yang lain...

No comments:

Post a Comment