Entry kali ni dan seterusnya rasa nak bercerita tentang kampung tempat saya membesar penuh dengan kenangan pahit manis sebagai kenangan untuk generasi2 akan datang..
Kampung Kami diberi Nama Kampung Pulau Panjang, sempena dengan bentuk pulau yang memanjang dikelilingi oleh Sungai.
Kampung ini telah didiami sebelum perang Jepun lagi dan dahulu nama kampung ini Juga di panggil kampung Raja.
Saya mugkin generasi yang ketiga yang tinggal dikampung. Saya lahir tahun 1972, dan ayah saya lahir dalam tahun 1933.
Dari segi bentuk mukabumi,tak banyak yang berubah kecuali kampung semakin mengecil disebabkan hakisan sungai dan pantai.
Bentuk Muka Bumi Sekarang : 2020
Bentuk Muka Bumi Dahulu: 1980
Sekitar tahun 1980 ada empat Jambatan yang menghubungi kamapung kami dengan kampung jiran. Sekarang Hanya tinggal dua Jambatan sahaja. Saya sempat merasa kedua2 jambatan Terapung dan Juga Jambatan Kayu.
Sudah semestinya bagi saya, kampung saya ketika saya kecil adalah tempat yang amat menarik berbanding dengan sekarang.
Untuk next entry saya ingin bongkarkan apa yang menariknya kampung saya ketika zaman kanak2.
Jumpa lagi wassalam...
No comments:
Post a Comment