Saturday, December 3, 2011

Cuti Sekolah - Macammana Nak Ceriakan Anak2 dan Diri Anda?

Assalamualaikum..

Mungkin masih belum terlambat untuk berkongsi sedikit Tip yang sedikit sebanyak boleh digunapakai apabila anda mempunyai anak yang agak ramai terutama dalam lingkungan antara 5 hingga 11 tahun.

Seperti yang kita ketahui, seorang kanak2 dalam lingkungan umur diatas sudah pandai menilai apa yang seronok dilakukan dan apa yang tidak tetapi tidak dapat berfikir jauh apakah kesan daripada aktiviti yang dilakukannya itu.

Begitu juga dengan anak2 saya yang agak ramai dirumah, amatlah susah untuk meminta menolong melakukan sesuatu atau berhenti dari melakukan sesuatu. Jadi apabila dah sampai tahap kritikal, maka rotanlah yang akan menjadi penyelesaiannya.

Disatu pagi saya ada terdengar ustaz Zahazan dalam temuramah di TV3 ada menyentuh berkenaan dengan ganjaran yang ditawarkan pada anak2 supaya dapat melakukan sesuatu yang bermenafaat. Biasanya ganjaran tu biasa la kita sebut yang biasanya dalam bentuk monetary (wang atau benda). Contohnya kalau tolong jemur kain dapat seringgit ataupun kalau basuh pinggan dapat 50 sen, ataupun kalau dapat 5A dalam UPSR dapat basikal baru dan sebagainya.
Ganjaran begini mungkin ada kesannya tapi biasanya tak berpanjangan.
Ye lah mana tahan kalau sikit2 asyik nak bagi duit, bila dah bagi duit pulak buat ala kadar saje pulak.
Sebaliknya pulak kalau anak2 kita ada sikap2 yang negatif seperti bangun lambat, liat untuk solat, selalu bergaduh, berebut tempat duduk dalam kereta, berebut macam2 lagi dan sebagainya bagaimana anda hendak mengatasinya?

Saya mendapat idea untuk memperkenalkan mata ganjaran atau kad kelebihan.

Mata ganjaran akan diberikan untuk kes2 berikut contohnya;

1. Apabila Pertolongan diberikan contohnya basuh pinggan, jemur baju, angkat baju, buang sampah dan sebagainya.

2. Apabila Sesuatu dilakukan lebih dari standard yang dikehendaki - contohnya mandi sebelum pukul 7 malam, Sembahyang Berjemaah, bangun pagi sebelum dikejutkan dan sebagainya.

Mata Ganjaran pula akan dipotong dalam kes2 berikut;
1. Gagal Melakukan Perkara Yang Asas  contohnya liat untuk solat, mengemas bilik sendiri, membasuh pinggan sendiri dan sebagainya yang patut.

2. Melakukan Sesuatu yang Membawa Mudarat seperti memulakan pergaduhan, mengejek dan sebagainya.

3. Mata Ganjaran ditebus untuk mendapatkan sesuatu kelebihan.

Dan yang paling penting, bagaimana mata ganjaran yang terkumpul tadi dapat digunakan? Ia boleh digunakan dalam situasi berikut.

1. Tebus untuk Kelebihan- Apabila Perebutan berlaku contohnya berebut tempat duduk di dalam kereta atau berebut makanan, atau siaran TV dan sebagainya. Anak anda boleh menebus mata untuk mendapatkan keutamaan dalam membuat pilihan. Sesiapa yang menwarkan tebusan yang tinggi tentulah akan mendapt kelebihan itu.

2. Monetary Reward - Terserah kepada anda untuk setiap bulan mungkin memberi wang ringgit atau hadiah berdasarkan mata yang dimiliki. Anda mungkin boleh memilih untuk membawa mata mereka kebulan seterusnya ataupun mengosongkan balik mata mereka setiap bulan.

Selamat memcuba.. Wassaalam..






2 comments:

  1. Mata Terkini, Abe Afif 243, Ashraf 220, Dina 75, Aisyah 47

    ReplyDelete
  2. Mata yang Diberi:
    tolong yang biasa 1 Markah, Sembahyang berjemaah 5 Markah, Azan 1 Markah, Iqamat 1 Markah, Buat Latihan/Belajar (ikut keadaan 1 soalan 1 Markah atau 1 Mukasurat 5 Markah, Tolong Spesel 5 Markah, Mandi Sebelum pukul 7

    Mata Ditolak:
    Tak Solat : -10 Markah (makin meningkat), Mandi Selepas pukul 7:15 -5 Markah, Tak Basuh Pinggan Sendiri -5, Jawapan salah - 1 markah untuk 2 soalan yang salah. Tak Mengikut Arahan (yang sewajarnya) -5 Markah.

    ReplyDelete