Wednesday, February 23, 2011

Guna Alatan yang Sesuai!..Use A Correct Tools!-Continue



Assalamualaikum..

Bersambung lagi - Biasanya alatan yang sesuai akan memudahkan sesuatu kerja (Masa, Tenaga, Kos, Keselamatan dan Kualiti).

Cuba bayangkan untuk kita membuka 5 tin sardin dengan pisau.. dan bayangkan pula kita menggunakan pembuka tin yang dijual di pasar malam...

So sebelum saya fokus pada diri saya, ingatan saya disini untuk semua baik cikgu, professor, penjual pasar tani, nelayan, engineer, doktor, pensyarah, peniaga pasar malam, kerani pejabat hatta surirumah cuba fikirkan adakah anda telah ada dan menggunakan alatan yang sesuai dalam melakukan tugas seharian... jangan renungkan saja, ambil tindakan sebab itu akan membantu anda dalam menjalankan "Amanah" anda sebaik mungkin yang pahalanya hanya Allah yang dapat membalasnya..

Jumpa lagi ....

P/S: Gambar di atas di petik dari website dibawah berkenaan dengan Alatan yang Sesuai dalam bidang pertanian di Africa

Tuesday, February 22, 2011

Guna Alatan yang Sesuai!..Use A Correct Tools!


Assalamualaikum..

Lama dah tak update blog nih, hari ni nak berfalsafah sikit pasal "Guna Alatan yang Sesuai!".
Kita mulakan dengan satu rangkap ungkapan

"Gunalah apa yang ada sekarang, Alatan yang sesuai akan anda jumpa nanti"

Saya ambik contoh mudah peribahasa melayu mengatakan " Kalau tiada rotan, akar pun berguna".

Walaupun apa yang nak disampaikan oleh peribahasa ini supaya kita bersyukur dengan apa yang kita ada (Akar), tapi kita tahu rotan itu jauh lebih baik.

So apa yang saya nak kongsi disini dalam kontek untuk melakukan yang terbaik kita kena ada alatan yang terbaik (termasuk la kepakaran!)

Dalam kehidupan kita, bermacam alatan yang direka samada untuk membuat sesuatu dengan lebih mudah cthnya seperti spanar, screw driver, cerek eletrik, mesin basuh dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih kompleks seperti Kapalterbang, Internet, Komputer, Handphone dan sebagainya..
Bayangkan dunia hari ni tanpa alatan atau rekaan yang tersebut di atas.

Kerana tajuk blog saya berkenaan dengan "Menunaikan Tanggungjawab", jadi saya nak fokus apa tanggung jawab yang sepatutnya kita buat (bukan orang lain..!) dalm melakukan kerja seharian kita..

Kita sambung lagi di lain kali...