Friday, June 29, 2012

Hidup Ini Untuk Menunaikan Tanggungjawab....

Assalamualaikum..

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak menulis balik dekat blog ni walaupun dah beberapa bulan tak dapat meluangkan masa..

Daripada bulan 2 hingga hujung bulan 5 baru2 ni, ada beberapa keutamaan yang memerlukan komitmen yang amat tinggi.

Yang Pertama adalah berkenaan dengan kerja dimana project baru sudah hampir sampai pada kemuncaknya tetapi persediaan yang masih kelam kabut. Pendek kata haru biru la jugak sampai ada group member yang terpaksa membekukan cuti sendiri dan sabtu ahad pun datang kerja demi memastikan projek berjaya..

Dan dalam masa yang sama ayahanda yang tercinta dikampung berada dalam keadaan yang tidak sihat dimana mula2 hanyak anak jari kiri yang dipotong disebabkan gangren pada awalnya tapi berkesudahan dengan kaki terpaksa dipotong bawah paras lutut agar luka dapat sembuh.

Apakah tangunggjawab yang sepatutnya dilakukan oleh anda sekiranya anda bertembung dengan situasi yang begini.?

Tanggungjawab anda mungkin berbeza2, bergantung pada siapa diri anda samada anda adalah ditempat saya, ataupun anda suami/isteri , atau anda bos, atau anda anak2 buah kepada yang mengalami masalah yang sama di atas.

Alhamdulillah segalanya telah berjaya dilalui walaupun dalam hati masih banyak yang perlu dilakukan untuk ayahanda tercinta yang walaupun sudah sembuh dari luka tapi masih mengharapkan agar anak2 senantiasa ada di sisi ..

Moga Allah memberi kelapangan dan kekuatan kepada diri ini untuk dapat berbakti sebaik mungkin kepada ayanhanda tercinta..

Terima kasih tak terhingga kepada isteri, anak2, jiran2, adik-beradik, kawan2, bos-bos dan anak2 buah yang memahami dan banyak memberi sumbangan dan support!

Amin...

Percutian Ke Utara - Diari 4 Hari 3 Malam - 2

Hari kedua di Langkawi..

Selepas solat subuh, aku keluar mencari sarapan pagi dan ada gerai berdekatan di jalan utama menjual nasi lemak.
Pagi2 kena makan berat sikit sebab nak pusing satu langkawi pulak..
Perancangan untuk hari kedua adalah..
1. Naik Kereta Kabel
2. Shopping
3. Mandi Pantai (Berenang dengan ikan he.. he.!)
Kalau berpandukan peta di atas, diringkaskan perjalanan kami setelah tiba dari Kuala Perlis sehari sebelumnya adalah seperti berikut;
1. Kami Turun di Jeti Kuah (Dalam peta dia tulis KUAH JETTY)
2. Dari Jeti Kuah Kami Berjalan Kaki sebelum menaiki kereta KIA OPTIMA (kereta yang disewa diambil depan Jeti Kuah)
3. Seterusnya kami mengikuti tuan punye Homestay (Nama tuan punye Homestay Sebenarnya En. Bidon, tapi yang datang jemput ari tu anak lelakinya yang bernama Azim) ke Durian Perangin Homestay yang berdekatan dengan Durian Perangin Waterfall.
4. Perjalanan Kami melalui Mini Zoo dan Galeria Perdana Sebelum tiba Di Homestay yang memakan masa hanya dalam 15 minit.

OK untuk hari yang Kedua, berdasarkan perancangan tadi kami akan ke Oriental Village dimana disitu lah tempat kereta kabel memulakan pendakiannya kepuncak bukit.

Selepas itu kami akan ke Pekan Kuah untuk bershopping (Sakan!), balik semula ke Homestay dan Petangnya kami akan ke Tanjung Rhu untuk Mandi Manda.
Tapi kita hanya mampu merancang, sebab hanya Allah yang mengetahui segalanya.
Kami memulakan perjalanan sebelum pukul 9 pagi untuk ke Oriental Village. Kalau dalam peta kat atas kami akan melalui Round About dan mengambil Jalan yang melalui Handicraft Cultural Complex tetapi kami telah tersalah ambik jalan menghala ke Langkawi international Airport. Jalan kat sini banyak la pula simpangnya tapi akhirnya kami sampai juga ke tempat yang hendak dituju sebelum pukul 10.

Sampai di Oriental Village tu tak ramai lagi orang yang sampai so parking (percuma!) pun tak de masalah.

Aku mula2 ingatkan takde ape 2 kat bawah tempat naik kereta kabel tu - rupa2nya kat bawah (Oriental Village) ni macam kawasan studio penggambaran yang besar yang ada macam2- Kedai, Gerai, Mini Zoo, Kolam, Jambatan, Cafe, Hotel dan sebagainya.

http://www.orientalvillage.my/





Kami sebenarnya telah membeli tiket awal2 masa ambil kunci kereta sewa di Jeti Kuah. Kata ejen tu kalau tak pakai boleh pulangkan balik dengan syarat jangan terkoyak.

Kami diberitahu yang angin bertiup agak kencang jadi Kereta Kabel tidak dapat dilepaskan pada masa terdekat dan kami diminta datang lain kali untuk mencuba nasib..

Nasib baik seperti yang dikatakan tadi kat bawah tu ada macam2 jadi bolehlah kami menghabiskan masa dulu disekitar oriental village sebelum mencuba nasib menaiki kereta kabel sekali lagi..

Selepas penat berjalan disekitarnya dalam hampir 2 jam disitu kami membuat keputusan untuk melupakan saja aktiviti menaiki kereta kabel kerana anging kencang belum lagi reda dan bercadang menukarnya kepada aktiviti menaiki Go-Kart.

Aktiviti Go-Kart pun terpaksa dilupakan kerana ada beberapa isu yang kurang menyenangkan walaupun kami telah sampai dilitar Go-Kart tersebut.

Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Pekan Kuah untuk bershopping sakan (kononnya!). Destinasi kami adalah Idaman Suri yang luasnya saujana mata memandang (Bangunan Seperti Dewan yang amat besar). Macam2 ada di jual disini (barang2 import la!) dari pinggan mangkuk, periuk belanga, coklat, langsir entah apa2 lagi lah..

Sesudah bershopping sakan kami menghala pulang ke Durian Perangin. Untuk menggantikan Akitivi yang tak dapat dilakukan tadi kami singgah di Mini Zoo.
Seperti namanya Mini Zoo, macam2 binatang ada tapi bilangannya tak banyak (yang paling banyak arnab dan burung kot!). Kami masuk melalui route yang telah disediakan (kira one way jelah tak bulih nak patah2 balik sesuka hati).

Tiada apa yang menarik sangat cumanya sebelum masuk, kami sekeluarga diminta bergambar bersama dengan dua ekor burung Kakak Tua Putih dan  ketika kami di pintu pagar untuk keluar dari zoo- kami ditawarkan untuk membeli cenderahati berupa foto kami sekeluarga yang diambil tadi dalam pelbagai jenis. Aku memang hangin jugak dengan taktik macam ni sebab aku rasa harga dia melampau sangat. Ambik la jugak sebab bini dan anak2 dah berkenan.

Pintu Keluar pula terpaksa melalui kedai yang juga menjual macam2- ni kira semua taktik memaksa orang melaluinya supaya mana yang tak tahan "godaaan" tu sedikit sebanyak akan mencapai kalau tak banyak pun sikit.. kami pun tak lari dari jadi mangsa.. anyway OK la sebab sapa2 yang datang ke langkawi ni biasanya yang nak shopping sakan..

Dah membeli kami terus pulang ke Homestay untuk berehat sekejap dan mengsis perut sebelum meneruskan rancangan kami seterusnya untuk mandi bersama ikan di Pantai. Dan pilihan kami yang terdekat adalah Pantai Tanjung Rhu.. tapi apa2 hal kena rehat dulu...

Jumpa Lagi...




Sunday, June 17, 2012

Percutian Ke Utara - Diari 4 Hari 3 Malam - 1

Assalamualaikum..!

Sambung pasal percutian kami sekeluarga ke utara masa cuti krismas tahun lepas.

Hari Pertama: Bangi Ke Sungai Petani

Kami bertolak agak lewat dalam pukul 3 petang dari Bangi - Anggaran dalam pukul 8 malam boleh sampai di Sungai Petani dan bermalam disana sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis pada pagi esoknya.
Kerana musim cuti, kenderaan teramat banyak di Highway Plus dan kami sampai di Sungai Petani dalam pukul 10 malam.
Inilah kali pertama saya melalui highway plus lebih dari Kuala Kangsar, biasanya kalau sesekali balik kampung ke Kota Bharu melalui Grik saya akan keluar ikut susur keluar Kuala Kangsar.
Bermakna kami akan merasai pengalaman baru apabila melepasi Kuala Kangsar . Jalan agak sesak ketika kami menghampiri Tol Juru dan selepasnya. Bagaimanapun kami semua merasa sungguh teruja sebab seperti yang diperkatakan tadi semuanya adalah pengalaman baru bagi kami.

Di Sungai Petani, kami bermalam dirumah keluarga kawan isteri saya semasa di ITM (sekarang UiTM) dulu. Tuan rumah menjemput kami selepas kami keluar Dari Tol Sungai Petani dan jarak perjalanan dari Tol ke rumah adalah dalam jangkamasa 10 minit.
Saya difahamkan yang sekitar rumahnya dulu adalah sawah padi tetapi sekarang tak banyak lagi sawah padi yang tinggal.
Disebabkan dah malam saya hanya nampak gelap saja kat luar, tak dapat nak melihat pemandangan sebenar.
Selepas mandi, kami dijamu makan oleh tuan rumah sekenyang2nya.
Oleh kerana keletihan kami terus tidur untuk meneruskan perjalanan keesokan pagi..
Isteri saya mungkin sempat berbual lebih panjang dengan tuan rumah sebab dah lama tak berjumpa...

Hari  Kedua: Sungai Petani ke Langkawi

Bangun sebelah pagi saya dapat melihat pemandangan sebenar sekitar rumah, memang kawasan sekitar sawah padi banyak ditambak untuk membuat rumah tapi  masih ada lagi sawah padi yang kelihatan. Suasana pagi sememangnya nyaman dan damai.
Selepas bersarapan dengan pulut durian yang sedap tak boleh nak cerita..(Terima kasih kepada Nani dan Keluarga kerana Menerima kami sebagai tetamu- moga Allah memberkati anda sekeluarga kerana layanan yang diberikan)
Gambar Hiasan- Bukan Gambar Sebenar sebab tak  bawa kamera


 kami bertolak ke langkawi sekitar pukul 9 pagi. Dalam perjalanan Kami  singgah di Pekan Rabu untuk melihat sendiri suasananya-agak meriah juga walaupun kami tiba agak awal (yang penting senang nak parking..)
Selepas membeli sedikit buah tangan kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis. Setahu saya ada dua tempat dimana kita dapat menaiki feri satu di Kuala Kedah dan satu lagi di Kuala Perlis.

Sampai di Kuala Perlis kat pukul 12 lebih - matahari atas kepala.

Tengok kawasan parking banyak, dan banyak pulak yang penuh, so pergi la tanya mamat yang dok atas motor macam mana nak parking kat situ. mamat tu cerita parking kat mana2 pun sama saja, Majlis Bandaran charge RM10 sehari.

Aku pun dah malas nak pikir2 lagi ikut aje mamat tu cari tempat parking. rupanya tempat parking di mana saja tempat kosong di tepi jalan disekitar kawasan Jeti Kuala Perlis. Walaupun ada kawasan parking yang "berpagar" dengan caj yang sama- untuk tak cari hal aku bayar aje kat mamat tadi RM30 untuk 3 hari . Dia kata malam2 dia pakat dengan kawan2 akan ronda untuk jaga keselamatan kereta dibawah "jagaannya".

Aku dah turunkan awal2 beg2 dan ahli keluarga yang lain berhadapan dengan jeti tadi sebab aku agak tempat parking mungkin jauh, senang la nak minta mamat tadi hantar aku ke Jeti.

Kami makan tengahari di restoran yang berdepan dengan jeti.

Lepas makan aku pergi check tiket feri untuk ke langkawi- masa tu tiket yang terdekat kalau tak silap pukul 1:30 dah habis, so aku ambik tiket yang seterusnya pukul 3 ptg. Seperti yang dijangka, pukul 4 ptg baru feri sampai dan kami sampai di Jeti Kuah dalam pukul 5 ptg.
Jeti Kuala Perlis

Aisyah dan Dina Masa Menunggu Feri Kat Jeti Kuala Perlis





Tiba di Jeti Kuah dan keluar saja dari terminal aku terus menelefon tuan Kereta dan Tuan Homestay. Segalanya berjalan lancar walaupun kelam kabut sikit sebab aku tak tahu kat mana restoran KFC.

Lepas ambik kereta (KIA Optima) - aku terus ikut Tuan Homestay ke Homestaynya di Durian Perangin.

Perjalanan dalam 15 minit je-sampai sana kat pukul 6 ptg.

http://www.homestaylangkawi.com/











Lepas dah masukkan barang2 dalam rumah, aku keluar untuk pergi mencari barang2 makanan untuk dimakan. Kedai Runcit yang terdekat adalah jalan untuk ke Pantai Tanjung Rhu.

Lepas makan malam, kami sekeluarga keluar untuk Shopping sebab takut tak cukup masa keesokkannya dengan aktiviti yang telah dirancang penuh.

Kami terus ke Pekan Kuah dimana masih ada banyak kedai yang dibuka walaupun jam dah melebihi pukul 9 malam.

Kami sempat membeli coklat yang ternyata amat murah dan window shopping untuk membuat perbandingan harga.

Pukul 10 malam kebanyakan kedai dah mula tutup dan kami pulang ke Home Stay untuk berehat...
Untuk hari kedua saya sambung di post yang lain...

Saturday, January 28, 2012

Percutian 4 Hari 3 Malam ke Utara Tanahair


Assalamualaikum..

Alhamdulillah kami sekeluarga (8 orang) akhirnya dapat jugak menjejakkan kaki ke utara tanahair semasa cuti krismas yang lalu.
Kalau ikutnya ini adalah permintaan kakak Amirah daripada tahun lepas lagi sebab mendapat keputusan yang cermerlang dalam UPSR.

Beberapa hari sebelum membuat keputusan untuk pergi bercuti, saya telah memulakan dengan membuat satu pertandingan mencipta pakej percutian diantara kami sekeluarga. Tujuan utamanya adalah untuk melibatkan kesemua orang dalam memikirkan percutian yang terbaik dari segi kos, masa, keterujaan dan sebagainya.. dan disebaliknya ini adalah salah satu cara untuk melatih anak2 bagaimana untuk merancang dan melakukan sesuatu perkara yang berfaedah pada musim cuti yang agak panjang.

Untuk Pakej yang terbaik (Berdasarkan undian diterima dari semua ahli keluarga) akan diberi hadiah wang tunai RM20.

Saya telah membuat template untuk mereka memasukkan maklumat yang sepatutnya seperti nama pakej, lama, mod pengangkutan, penginapan, kos, ringkasan aktiviti dan juga aktiviti terperinci untuk setiap hari semasa pakej tersebut.
Selepas Tarik tutup penyertaan saya pula membuat template presentation untuk mereka mempromosikan pakej mereka tadi didepan semau ahli keluarga dengan menggunakan komputer.
Semasa Proses tadi saya telah mengajar sedikit sebanyak kepada anak2 untuk menggunakan komputer dalam membuat perkara2 yang lebih berfaedah selain dari bermain game dan melayari you tube atau facebook.
Saya menunjukkan bagaimana untuk menggunakan spreadsheet dan juga presentation software dan pada masa yang yang sama menggunakan internet untuk mencari maklumat tentang tempat yang ingin dicadangkan.
Akhirnya kita dapat 4 penyertaan (3 dari anak, 1 dari saya), keempat2 telah dipersembahkan kepada semua ahli keluarga menggunakan komputer (semua masuk dalam bilik dan menghadap komputer dan lampu ditutup).





Masing2 diberikan 2 undian untuk memilih pakej yang disukai dan Tempat pertama jatuh kepada Ashraf (anak no. 3-umur 9 tahun)

Saya nak cerita lagi tentang percutian ini di next post...

Wassalam




Sunday, January 15, 2012

Blog Baru: meliawe-tutorial.blogspot.com

Assalamualaikum...
Saya telah membuat satu lagi blog baru seperti dibawah
http://meliawe-tutorial.blogspot.com

Tujuannya adalah amat jelas untuk saya mencapai objektif supaya lebih fokus untuk berkongsi ilmu secara praktikal.

Blog ini masih kekal untuk berkongsi pendapat saya atau pendekatan saya dalam membuat sesuatu perkara.

Saya telah membuat balik salinan post saya berkenaan dengan MS Access dalam blog baru.

Jumpa Lagi,

Wassalam...

Saturday, January 14, 2012

MS Access- Sambung Memasak dengan Bahan Yang Terhad

Assalamualaikum!

Bertemu kita lagi untuk belajar memasak dengan bahan yang terhad. Mari kita lihat  kepada tugasan kita yang lepas seperti Berikut.

1. Senarai Pelajar yang Mengambil SPM
2. Senarai Pelajar Perempuan yang Dapat 5A dalam UPSR
3. Bilangan Pelajar yang mendapat 8A dalam PMR
4. Bilangan Pelajar Cina didalam senarai peperiksaan

Dalam Entry yang lepas kita telah menunujukkan cara untuk menbuat tugasan no 1. dan. 2 iaitu hanya menggunakan Simple Queries yang menggunakan teknik "Filtering".

Kali ini kita akan belajar bagaimana dengan data/bahan yang kita ada untuk memasak menu berkenaan dengan rumusan (memerlukan kepada teknik pengiraan).

Untuk data yang sedikit langsung tidak mendatangkan masalah untuk mengira secara manual. Tapi bagaimana kalau di Pejabat Pendidikan Negeri (sudah semestinya mereka akan membayar untuk membuat sistem pengkalan data), Bagaimana pula disekolah2?, adakah mereka menyimpan semua data keputusan peperiksaan dari tahun2 terdahulu untuk dianalisa pencapaian sekolah terbabit samada keputusan peperiksaan sentiasa meningkat atau naik turun atau merudum atau sebagainya.

Dengan MS Access, ia mempunyai Queries yang mampu melakukan pelbagai tugasan yang kadangkala tak terfikir oleh diri kita.

Jadi untuk tugasan no. 3 dan no. 4 kita kan menggunakan teknik "Summary". Teknik "Summary" adalah dimana kita menggabungkan (Group) rekod yang sama dan mengira (Count) bilangan rekod didalam setiap group tadi.

Nota Penting:
Kita perlu memilih "Field" yang hanya diperlukan sahaja untuk tugasan ini untuk mendapat keputusan yang dikehendaki.

Baiklah untuk tugasan No. 3, Kata kunci kita adalah 8A--> "Kelulusan" dan PMR--> "Peperiksaan"
Sama juga tugasan no. 1 dan no. 2, kita akan menggunakan simple queries dengan hanya memilih Field  "Kelulusan" dan "Peperiksaan". Queries kita akan mendapat keputusan seperti berikut.
Kita sudah dapat melihat hanya senarai Kelulusan dan Periksaan dipamerkan. Tetapi tiada lagi grouping dan count secara automatik.
Datasheet View Selepas Simple Query Wizards


















Untuk langkah seterusnya, kita tukarkan queries tadi kepada Design View dimana kita akan melakukan teknik Grouping and Counting.
Queries View - Standard
















Apa yang kita perlu lakukan adalah click cursor pada Symbol Sigma (Total). Kita akan dapati Queries Design kita dibawah bertambah satu baris bertajuk "Total" dan cell dibawah "Kelululusan" dan "Peperiksaan" tadi tertulis "Group By" bermakna menggabungkan data yang sama dalam satu kumpulan.

Queries View apabila Butang "Total- Sigma" di pilih
















Apa yang tertinggal lagi adalah mengira data dalam setiap group/kumpulan tadi. Caranya adalah dengan memasukkan satu lagi field "Peperiksaan" kedalam Queries tadi. Untuk Field ini tukar dari "Group By" kepada "Count".
Ada 2 Field Peperiksaan Dipilih- satu Group By dan satu Count
















Dan kita dapat melihat terus bilangan orang yang mendapat keputusan 8A dalm PMR adalah seramai 2 Orang. Disamping itu kita jugak dapat melihat bilangan kelulusan untuk peperiksaan yang lain juga.
















Bagaimana dengan tugasan No. 4?- Kata kuncinya adalah Cina --> "Keturunan", bagaimana nak membuatnya, terserah kepada anda sebab teknik yang digunakan adalah sama dengan no. 3. Keputusan queries adalah seperti di bawah;
















Wassalam.




Friday, December 9, 2011

MS Access- Sambung Memasak dengan Bahan Yang Terhad


Assalamualaikum,
Berbalik dengan rekod yang kita ada seperti dalam entry yang lalu,  saya mencadangkan kita  boleh membuat beberapa queries seperti di bawah.
1. Senarai Pelajar yang Mengambil SPM
2. Senarai Pelajar Perempuan yang Dapat 5A dalam UPSR
3. Bilangan Pelajar yang mendapat 8A dalam PMR
4. Bilangan Pelajar Cina didalam senarai peperiksaan
dan pelbagai lagi mengikut kreativiti masing2.

Untuk No. 1 dan No. 2, cara membuatnya sama seperti Queries yang kita buat mula2 sekali.
Untuk No. 1 keywordnya adalah "SPM" (satu saja keywordnya) dan untuk No. 2 kita Ada 3 keyword iaitu "Perempuan", "5A" dan "UPSR"

Apa yang kita perlu lakukan adalah masukkan (taip) keyword tadi dalam row kriteria dibawah fieldnya.

Untuk No. 1 Taip "SPM" dalam row kriteria dibawah field Peperiksaan - row kriteria lain pastikan blank.

Untuk No. 2 pulak Taip "Perempuan" : Field Jantina, "5A" : Field Keputusan dan "UPSR" : Field Peperiksaan.

Nota:
Untuk No. 1 dan 2, sebenarnya kita menggunakan teknik "Filtering" sebagamana yang terdapat dalam excell, tapi didalam MS Access kita boleh menyimpan filtering ini (Queries) berasingan didalam database yang sama untuk senang kita panggil balik kemudian. Contohnya setakat ini kita telah membuat 3 menu (queries) daripada 1 table dan kita namakannya Queries1, Queries2 dan Queries3.

Kita ada lagi 2 menu No. 3 dan No. 4 yang hendak dimasak. Menu kita dua ini lain sikit sebab hasilnya adalah bilangan (berapa?). yang 3 Queries kita dah buat tadi semuanya berkaitan dengan senarai. Jadi simboliknya disini, dalam set menu yang kita ada contohnya kalau kita memasak untuk kawan kita yang dah berkeluarga yang mempunyai anak dari umur 2 tahun higga 15 tahun, kita kena pelbagaikan masakan kita supaya mereka sekeluarga dapat menjamah masakan kita dengan berselera.
Paling kurang pun Kita mungkin masak ayam goreng (untuk kanak2), kari ayam untuk orang dewasa dan mungkin sayur campur udang dan cendawan (budak2 makan udang dan cendawan dan orang dewasa makan sayur)

Begitu jugak Queries kita yang pelbagai tadi mampu memberi kepuasan kepada sesiapa yang memerlukan informasi samada dalam bentuk senarai atau dalam bentuk bilangan- dua2 sama penting bergantung kepada keadaan.

OK untuk queries berkenaan bilangan cara mebuatnya sedikit berbeza. Dalam Access kita memanggilnya Summary Query. Namanya pun summary (ringkasan), jadi tepatlah apa yang dimaksudkan dari senarai yang berjela2 diringkaskan kepada bilangan megikut group yang dikehendaki.

Summary Queries ini amat amat penting untuk kita monitor (pantau) sesuatu sebab result yang kita dapat adalah bentuk ringkasan angka (bukan senarai satu persatu). Ini berkenaan dengan statisik yang akan membantu pemantau mengambil tindakan yang sewajarnya..

Kita akan bercerita panjang lebar pasal summary queries dalam next entry..

Wassalam