Wednesday, November 30, 2011

Bahan Terhad, Pelbagai Menu - Chef Yang Hebat




Assalamualaikum.. Jumpa Lagi..

Sebelum saya teruskan menulis, pernahkah anda melihat Rancangan Pertandingan Masakan dari Jepun yang dikenali sebagai "Iron Chef".
Secara ringkasnya pertandingan ini adalah antara "Iron Chef" iaitu Chef yang terhebat yang dipilih dan seorang Chef pencabar.

Mereka dikehendaki memasak masakan menggunakan 1 bahan utama yang telah ditentukan pada hari tersebut. Contohnya Ikan Salmon.
Chef tadi mestilah menyediakan masakan yang mengandungi ikan salmon tadi dalam kesemua jenis masakannya. Chef boleh menggunakan bahan2 asas yang lain seperti sayur, tepung dan sebagainya untuk menghasilkan pelbagai masakan mengikut kreativiti masing2.
Masakannya tadi akan dinilai oleh Juri dan siapa yang tinggi markahnya dari segi rasa, kreativiti, persembahan akan menang dan sudah semestinya yang selalu menag adalah "Iron Chef".

OK, apa pula kaitan dengan MS Access? Seperti yang sebutkan sebelum ini, kalau table itu diibaratkan bahan2 mentah dan queries pulak menu atau masakan yang akan kita sediakan. Maknanya dengan pelbagai rekod yang kita ada dalam table tadi kita boleh membuat perlbagai queries untuk kegunaan kita sendiri ataupun orang lain.

Masih tak faham apa yang saya nak sampaikan.?

Ambil contoh kalau kita ada bahan mentah seperti bawang, tepung, ayam, minyak, halia, telur dan kunyit. Senarai masakan yang kita dapat hasilkan adalah seperti berikut.
1. Bawang Goreng
2. Ayam Goreng Halia
3. Ayam Goreng Kunyit
4. Telur Dadar
5. Ayam Goreng Bersalut Tepung
6. Cekodok Bawang

dan kalau Chef Wan pula mungkin dapat tambah lagi beberapa menu mungkin seperti dibawah
7. Ayam Bakar sumbat telur rebus(betul ka ni?)
8. Dada ayam goreng berbungkus telur dadar
9. Colek Kaki Ayam

So berbalik dengan rekod yang kita ada seperti dalam entry yang lalu, kita boleh membuat beberapa queries seperti di bawah.
1. Senarai Pelajar yang Mengambil SPM
2. Senarai Pelajar Perempuan yang Dapat 5A dalam UPSR
3. Bilangan Pelajar yang mendapat 8A dalam PMR
4. Bilangan Pelajar Cina didalam senarai peperiksaan
dan pelbagai lagi mengikut kreativiti masing2.
Cara nak membuatnya saya akan tunjukkkan nanti..atau tuan puan boleh cuba dulu..

Wassalam





Thursday, November 24, 2011

MS Access: "Mari Belajar Memasak"-Menu Pertama (Sambungan)

Assalamualaikum..
Jumpa lagi! anda dah bersedia untuk memasak? Mula2 mari kita tengok balik apa yang kita ada untuk  masak:

1. Menu Kita (Dalam Kepala atau seeloknya  tulis atas kertas)

"Senarai Pelajar Lelaki Melayu yang Mendapat 5A dalam UPSR 2011" 

2. Senarai Bahan-bahannya yang hendak disediakan (Seperti Dalam Table Design View)


1. Nama Pelajar
2. Jantina 
3. Keturunan 
4. Kelulusan 
5. Peperiksaan 
6. Tahun   













3. Bahan2 yang telah disediakan (rekod senarai pelajar dan kelulusan seperti yang kita senaraikan -kita beli sikit saja (rekod yang kita masukkan) untuk cuba masak takut tak jadi nanti kan rugi)














Maknanya sekarang2 kita dah boleh mula memasak. Anda mungkin bertanya mana alat-alatan untuk memasak seperti kuali ka, sudip ka, blender ka - itu kita kira sudah tersedia sebab pokai la kalau setiap kali nak masak kena beli semua benda tu..
Cara nak memasak (Queries) step by step boleh didapati dalam link yang sama dalam entry sebelumnya. Anda kena  masukkan semua bahan2 tadi (6 senarai)- kalau tak masakan (menu) kita tak lengkap-atau silap2 tak menjadi langsung.

Queries anda akan kelihatan seperti dibawah- kalau tak dapat delete balik query tu, baca bahan rujukan tadi dan cuba lagi. Tak dapat jugak call saya 0123456789 (sure ada jawapan punye!)





Ini bentuk Queries Dalam Design View
Nota: Belah atas tu adalah senarai field (bahan2) yang terdapat dalam table. dan sebelah bawah pulak adalah field(bahan2) yang hendak digunakan dalam pembuatan queries kita.



Ini pulak Queries bila kita Run (!) ataupun dalam datasheet view.
Nota: kita masih belum dapat apa yang kita hendak tadi sebab kita belum set apa2 kriteria pun lagi. Senarai yang dipaparkan sekarang sekarang adalah sama macam Table (bahan2 mentah) tadi- masih boring?!







Berbalik kepada queries yang kita mahukan tadi..kita perlu setkan kriterianya terlebih dahulu dalam Design View Queries Tadi. Bagaiamana caranya adalh teramat-amat senang- cuba tengok apa yang kita mahu seperti dibawah. Cuba kenal pasti kata kuncinya (keyword)
"Senarai Pelajar Lelaki Melayu yang Mendapat 5A dalam UPSR  2011"
Kata kuncinya Adalah;
Lelaki   = Jantina
Melayu = Keturunan
5A        = Kelulusan
UPSR   = Peperiksaan
2011    = Tahun
So langkah seterusnya adalah memasukkan (menaip) semua kata kunci tadi kedalam ruang kriteria mengikut field masing2  dalam  design view seperti dibawah;

Dah berjaya membuat seperti diatas anda akan mendapat senarai yang dikehendaki seperti dibawah (hanya seorang saja yang memenuhi kriteria). Tak percaya? cubalah check sendiri satu persatu dalam table..

kalau anda berjaya, tahniah sebab anda telah berjaya "memasak menu pertama", rasanya dah ada, tapi dari segi persembahan atau masa yang diambil.. jangan la berkira sangat untuk kali ini..

Sebelum mengundur diri,saya ingin bertanya, bolehkah kita memasak menu lain selain diatas dengan menggunakan bahan2 yang sama yang kita telah sediakan?
Jawapannya  mestilah Ya dan disitulah pentingnya kreativiti seorang Chef...

Jumpa Lagi.. Wassalam..

Friday, November 18, 2011

MS Access: "Mari Belajar Memasak "-Menu Pertama



Assalamualaikum..

Ingat lagi tak apa masakan pertama yang yang anda masak? Megi? - kalau setakat bubuh dalam mangkuk dan
masuk air panas, ni tak boleh dipanggil masakan lagi.
Paling kurang pun kena tumis bawang, letak sayur dan telur- barulah boleh dipanggil memasak.
Jadi Mari kita Mulakan membuat database dengan "menu" yang tak memerlukan bahan2 yang banyak.

Kita ambik seperti Post yang lalu dimana soalan kita (Queries) "Senarai Pelajar Lelaki Melayu yang Mendapat
5A dalam UPSR 2011" Maknanya kita Perlu Menyediakan Field (Kalau dalam Excell kita panggil Header) yang terdiri dari senarai berikut;
1. Nama Pelajar
2. Jantina (Lelaki, Perempuan)
3. Keturunan (Melayu, India, Cina,..)
4. Kelulusan (5A, 4A1B, 3A2B,....)
5. Peperiksaan (UPSR, PMR, SPM)
6. Tahun (2010, 2011, 2012...)

Menu dah ada, senarai bahan2 sudah ada jadi kita hendak lah membeli/atau mendapatkan bahan2 tadi untuk dimasak seperti yang kita plan. Dalam database maksudnya kita hendaklah memasukkan data-data yang kita rancang tadi dengan secukupnya barulah kita dapat menghasilkan masakan seperti menu kita.
Cara membuat table boleh dipelajari melalui laman web dibawah.. buat table dulu dan nanti kita akan masukkan data...

Dah Dapat membuat Table seperti yang dikehendaki? Ia sepatutnya kelihatan seperti berikut.



















Kalau "Design View" Kalau "Datasheet View"
Nota:
1. Inilah MS Access - Design View dimana kita nak Design Table tu, dan Datasheet View pulak lepas kita Design tadi kita nak tengok Design kita dah jadi macam mana dan kat sini barulah kita boleh masukkan data2 yang diperlukan (macam ms excell ya!)

2. Masa kita Design tu Kita Kena Namakan Header (Field Name) dan yang paling penting adalah Jenis Data yang nak disimpan samada nombor ka, text ka, tarikh ka dan sebagainya. Ini adalah elemen yang penting dalam table sebab kalau kita tak letak jenis data betul2 maka manfaatnya akan berkurangan ataupun tak berguna langsung. (kita cerita lebih lanjut kemudian sebab table kita sekarang pun hanya ada jenis text dan number saja- cerita lebih taku tak tercapai akal pulak)

Dan dibawah inilah bentuknya apabila kita sudah memasukkan data.











Bagaimana nak masukkan data? Taip ajelah data tadi satu persatu..... cara lain kita belajar kemudian.

So sekarang kita dah ada bahan mentah (Data) dan kita pun dah ada menu yang nak dimasak.
So bolehlah kita mula memasak ...

Entry depan kita sambung dengan proses memasak seperti menu yang kita rancang.

Wassalam...

MS Acces: Langkah Kedua


Assalamualaikum!
Jumpa lagi kita dalam Langkah kedua-kali ini kita bercakap dimana seharusnya kita bermula?
Kalau nak memasak, adakah kita membeli bahan2 mentah dulu dan baru pikir nak masak apa ataupun kita fikir menu apa yang kita nak masak dulu barulah kita beli bahan2 yang akan digunakan nanti.
Dua2 pun boleh tapi rasanye semua setuju kalau saya kata lebih afdal(baik) kalau kita fikir menu apa yang nak dimasak dan barulah kita membeli bahan2 mentah. Ini boleh menjimatkan wang dan masa yang banyak dan dapat mengelakkan pembaziran.
Begitu jugak dengan MS Access, kita boleh terus mula dengan membuat table dulu dan barulah kita fikir queries (soalan) apa yang kita nak.
Dan pastinya yang lebih afdal (baik) kita fikir dulu queries apa yang kita nak buat barulah kita membuat table.
Contohnya begini, kalau kita fikir untuk memasak Tom Yam kita mestilah menyediakan bahan2 berikut antaranya:
1. Pes atau Kiub Tomyam
2. Serai
3. Daun Limau Purut
4. Ayam
5. Udang
6. Bunga Kobis
7. Lengkuas
8. Cili Api
9. Cendawan
10.Celery

Barulah kita akan dapat masak Tom Yam yang "Kau".

Begitu juga dengan Database, Kalau kita ada queries "Senarai Pelajar Lelaki Melayu yang Mendapat 5A dalam UPSR 2011" Maknanya kita Perlu Menyediakan Field (Kalau dalam Excell kita panggil Header) yang terdiri dari senarai berikut;
1. Nama Pelajar
2. Jantina (Lelaki, Perempuan)
3. Keturunan (Melayu, India, Cina,..)
4. Kelulusan (5A, 4A1B, 3A2B,....)
5. Peperiksaan (UPSR, PMR, SPM)
6. Tahun (2010, 2011, 2012...)

Dengan adanya perancangan queries, maka lebih senanglah kita untuk menyediakan table kita.
Kita akan cuba untuk memasak menu kita yang pertama dalam entry yang seterusnya..

Hingga Jumpa Lagi, jangan pergi jauh2... Sebab kita akan pergi lebih jauh nanti..
Wassalam


Saturday, November 12, 2011

MS Access: Langkah Pertama



Untuk menjadi chef yang baik, seseorang itu seharusnya mengetahui sedalam mungkin ilmu2 berkenaan dengan masakan dari bahan mentah kepada alatan untuk memasak dan persembahan hidangan tadi. Lagi dalam ilmu dan kepakarannya lagi lah hebat gamaknya chef tadi. Tapi persoalannya disini, berapa lamakah untuk mendalami ilmu2 tadi untuk menjadi seorang chef yang hebat?

Adakah segala ilmu tadi boleh dipelajari dalam beberapa hari dan seterusnya seseorang itu akan menjadi chef yang hebat? Jawapannya sama sekali tidak.. untuk menjadi chef yang hebat sudah tentunya memakan masa yang lama-pelbagai resipi asal mestilah tiada masalah untuk memasaknya, pengubahsuaian kepada resipi asal mungkin dibuat tanpa menjejaskan rasa yang ketara ataupun dapat mencipta resipi2 baru yang belum dicuba sebelum ini.

Yang penting disini, kemahuan mesti ada dan mulakanlah langkah untuk belajar – mungkin boleh mula dengan belajar mengenai jenis 2 bahan mentah dan dalam masakan apa bahan mentah ini digunakan dan tidak digunakan.

Ataupun mungkin boleh cari resipi dalam internet dan beli bahan2 yang diperlukan dan cuba memasaknya sendiri – mungkin boleh cuba masak kari daging, sedap jugak kalau dapat dicecah dengan roti manis!

Begitu jugak dengan MS Acces, kita tidak mungkin dapat menjadi hebat dalam masa beberapa hari belajar dan mencuba buat satu dua database yang ringkas. Kita hendaklah berterusan mencuba dan menambahbaik database yang kita buat itu dari masa kesemasa (“Continuos Improvement” kata Mat Salleh, dan Orang Jepun pula kata “Kaizen”). Kita boleh membeli buku2 ataupun melayari internet untuk belajar membuat database tetapi saya nak sarankan disini untuk kita cepat berdikari, kita hendaklah berguru dengan manusia terutamanya dengan orang yang berpengalaman dalam membuat database.

Saya percaya dengan pengetahuan asas yang kukuh berkenaan dengan MS Access database- seseorang itu akan berupaya untuk menjadi lebih kreatif dalam memahami apa kelebihan MS Access dan seterusnya dapat pergi lebih jauh berbanding orang lain yang tidak mengikuti kursus asas...

Kejayaan seseorang itu bermula dari langkah pertama...dan disusuli dengan langkah2 seterusnya

Persoalannya sekarang, adakah kita sudah memulakan langkah pertama itu?, kalau sudah alhamdulillah.. kita teruskan langkah2 seterusnya dengan bersemangat...

Wassalam..

Sunday, November 6, 2011

MS Access: Pengenalan-Bahagian 2


Assalamualaikum semua dan diucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban kepada muslimin dan muslimat.

Saya sambung sedikit lagi daripada postminggu lepas..


Form:

Jika table bersamaan dengan bahan mentah dan queries bersamaan dengan jenis masakan maka apa pulak nak dikiaskan dengan form? Dalam masakan, yang tak kurang pentingnya adalah bagaimana penyediaan makanan dan bagaimana ia dihidangkan kepada orang yang akan memakannya nanti. Dalam penyediaan hidangan tadi mungkin rasa akan berbeza antara bawang atau lada yang ditumbuk dengan yang dicincang mahupun yang dikisar. Mungkin juga rasa masakan berbeza kalau menggunakan peri


Begitu jugak dengan form, walaupun kalau di Bahasa Malaysia kan dia bersamaan dengan borang. Tapi “borang” ini amat penting untuk membantu dalam memasukkan rekod/data kedalam dalatabase dan bukan setakat itu saja, ,form ini boleh digunakan untuk mempersembahkan rumusan ataupun data yang ada secara terperinci.uk tanah berbanding periuk besi, mungkin tak sama kalau bakar ikan atas besi dapur berbanding dengan bakar atas bara tempurung.

Secara ringkasnya form ini akan membantu anda menyimpan atau mempersembahkan rumusan dalam bentuk yang mesra pengguna.

Report:

Apabila masakan sudah siap, macammana hidangan akan dipersembahkan juga amat penting. Walaupun makanan mungkin kurang sedap, tapi kena dengan gaya hidangan paling kurang orang akan cuba merasainya. Report disini mempunyai sedikit ciri2 form. Dan yang paling ringkasnya sepeti

namanya yang Jelas "Report" bermaksud laporan. Ia adalah dalam bentuk yang dibuat untuk dicetak ataupun untuk paparan diskrin sahaja.


Macros/Event Procedure:

Alatan2 yang berguna untuk memudahkan kerja semasa penyediaan masakan ataupun untuk hidangan. Dalam MS Acces, ini adalah programming yang tak semestinya wajib ada tapi berbaloi untuk digunakan sekiranya kita mengunakan form dalam database kita





Element Yang Terakhir- Tukang Masak:

Ok dalam penyediaan hidangan tadi - walaupun segala bahan mentah, alat-alatan yang bersesuaian ada, apakah lagi element yang paling penting untuk menyediakan masakan yang lazat dan menyelerakan?- tak lain dan tak bukan adalah "Chef" atau Tukang Masak tu sendiri. Bila kita sebut "Chef" disini, maksudnya seseorang yang akan memasak perlulah paling kurang memahami asas2 memasak yang mencukupi, bukan main ikut sedap saja conohnya kalau nak masak rendang ayam mesti kena tahu apa bahan2 yang perlu disediakan seperti ayam, santan, kerisek, serai,daun kunyit dan sebagainya... Begitu jugak dengan anda yang akan membuat database nanti perlulah mengetahui terperinci berkenaan dengan perkara2 asas berkenaan Table, Queries, Form, Report dan sebagainya..

Kalau anda seorang yang minat memasak, mungkin tiada masalah untuk belajar memasak...

Setakat mana minat anda dengan database mungkin bergantung kepada soalan sejauh mana anda mahu pergi dari sekarang?

masih mahu mengekalkan cara sekarang? atau

Aku perlu berubah dan mesti pergi lebih jauh..

Tanya2lah diri dan kawan2 sekeliling...