Assalamualaikum..
Bersambung lagi dari post yang lepas, adakah anda pernah megalami situasi apabila anda bertanya kepada seseorang yang bertangungjawab dalam merekodkan data ditempat anda bekerja, dikalamana anda memerlukan data tersebut dengan kadar segera dalam bentuk sudah diringkaskan untuk dimasukkan dalam report bulanan anda.
Antara jawapan dibawah, yang manakah biasa anda dengar.?
1. Ini data yang seperti encik mahukan!
atau
2. Ini semua data yang saya ada encik boleh la buat ringkasan sendiri.
atau
3. Beri saya masa sehari suntuk untuk mendapatkan ringkasan data yang encik mahukan sebab data itu berada dalam file yang berasingan.
atau
4. Data yang encik mahukan sudah masuk arkib. Cuma data yang terkini saja ada.
atau
5. Nanti petang saya bagi pada encik apa2 yang saya ada ya.., boleh?
Sekiranya jawapan yang selalu anda dapat adalah No. 1, syabas saya ucapkan kepada organisasi anda. Organisasi anda dalam keadaan yang terbaik untuk pergi lebih jauh..
Tapi sekiranya jawapan anda No. 2 dan seterusnya, sesuatu perlu dilakukan dengan cara anda merekodkan data. Ini tidak boleh dibiarkan begitu saja dan perlu ada tindakan drastik yang perlu diambil untuk mengubah keadaan .
Tapi persoalannya siapa yang patut mulakan perubahan ini?.
Cuba tanya orang sebelah, "Siapa yang patut mulakan dulu ya?, Mung ko Bos kita?
Wassalam...