Mengimbau kembali dimana saya terdedah dengan database ini semasa saya disekolah menengah dahulu (tahun 1988-89).
Pada masa itu ada kelab komputer disekolah dan salah satu software yang diajar adalah lotus 123.
Masa tu saya terfikir jugak macam mana dia boleh buat setiap salinan untuk setiap murid yang beratus2 orang...(mesti kena taip satu persatu untuk setiap murid- buat satu template, copy template tu banyak2 dan salin balik markah yang direkodkan tadi atas template masing2)Cikgu Pembimbing kelab pada masa itu adalah Ustaz Mahmud dan dia telah menggunakan perisian lotus 123 untuk mencetak slip keputusan peperiksaan.
Tapi sangkaan saya jauh tersasar sebab rupanya hanya satu template yan dibuat dan data tadi (Markah /Gred) telah automatik masuk kedalam template mengikut nama murid tadi dan bila print akan keluarlah markah/gred mengikut nama/id setiap murid.
Dari situlah minat saya berkenaan dengan database ini bermula dan selepas SPM semasa lawatan saya ke UM , saya telah membeli buku berkenaan dengan Dbase 3+ di Pekan Buku dan cuba membuat database berpandukan buku tersebut.... tapi malangnya tiada database yang sesuai untuk diguna pakai dalam kehidupan saya sebabgi pelajar pada masa itu.
Semasa belajar di universiti, saya telah membeli sebuah komputer terpakai kerana minat yang teramat tinggi kepada komputer.
Malangnya komputer tu tak dapat digunakan sepenuhnya kerana spesifikasi yang rendah dan tidak mempunyai Hard Disk.
Walaubagaimanapun saya menggunakan komputer itu untuk menulis surat dan jugak untuk merekodkan perbelanjaan bulanan kami bertiga yang menyewa apartment dan berkongsi duit untuk membeli makanan harian.
Perisian Lotus 123 yang saya gunakan adalah yang diambil dari sekolah menengah dulu.
Alhamdulillah ada juga guna rupanya ilmu yang saya pelajari semasa disekolah dulu...
Malam dah lewat , nanti saya akan sambung kemudian....
Wassalam..
No comments:
Post a Comment