Assalamualaikum..!
Rasanya ramai yang tahu bila masa nak guna MS Word, kes macam mana yang sesuai guna MS Excel dan situasi mana pulak kena pakai MS Power Point.
Tapi kadang kadang ataupun mungkin juga ada diantara kita meggunakan MS Excel atau Power Point untuk menulis surat ataupun report berbanding menggunakan MS Word.
Dan mungkin juga ada diantara kita menggunakan MS Word ataupun MS Power Point untuk membuat "Table".
Perkara begini mungkin tidak dirasai kesannya sekiranya hal ini sekali sekala berlaku, tetapi kalau tiap2 hari ataupun ada penambahbaikan yang diperlukan, maka hendaklah difikirkan sebaiknya perisian apa yang sepatutnya di pakai...
Ambil contoh,
Sekiranya kita hendak menulis surat /repot yang panjang berjela2, maka amatlah tidak sesuai menggunakan MS Excell atau Power Point. Adalah jauh lebih senang sekiranya kita menggunakan MS Word.
Begitu juga sekiranya kita mahu membuat pengiraan daripada data2 yang dimasukkan dalam "table" tadi amatlah tidak sesuai kita menggunakan MS Word ataupun MS Power Point. Kita Seharusnya menggunakan MS Excel untuk membuat pengiraan.
Jadi untuk kes macam mana kita seharusnya menggunakan MS Excel (Worksheet) dan kes macam mana pulak kita seharusnya menggunakan MS Access (Database).
Ini bukan kes "Tepuk Dada Tanya Selera" atau "Tepuk Dada Tanya Iman",Ini adalah berkenaan dengan sejauh mana kita hendak pergi dengan pilihan yang kita buat hari ini.
Cuba tanya orang sebelah - "Demo nok gi jauh mana weh?"...
Jumpa lagi, Wassalam!
No comments:
Post a Comment