Friday, June 29, 2012

Hidup Ini Untuk Menunaikan Tanggungjawab....

Assalamualaikum..

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak menulis balik dekat blog ni walaupun dah beberapa bulan tak dapat meluangkan masa..

Daripada bulan 2 hingga hujung bulan 5 baru2 ni, ada beberapa keutamaan yang memerlukan komitmen yang amat tinggi.

Yang Pertama adalah berkenaan dengan kerja dimana project baru sudah hampir sampai pada kemuncaknya tetapi persediaan yang masih kelam kabut. Pendek kata haru biru la jugak sampai ada group member yang terpaksa membekukan cuti sendiri dan sabtu ahad pun datang kerja demi memastikan projek berjaya..

Dan dalam masa yang sama ayahanda yang tercinta dikampung berada dalam keadaan yang tidak sihat dimana mula2 hanyak anak jari kiri yang dipotong disebabkan gangren pada awalnya tapi berkesudahan dengan kaki terpaksa dipotong bawah paras lutut agar luka dapat sembuh.

Apakah tangunggjawab yang sepatutnya dilakukan oleh anda sekiranya anda bertembung dengan situasi yang begini.?

Tanggungjawab anda mungkin berbeza2, bergantung pada siapa diri anda samada anda adalah ditempat saya, ataupun anda suami/isteri , atau anda bos, atau anda anak2 buah kepada yang mengalami masalah yang sama di atas.

Alhamdulillah segalanya telah berjaya dilalui walaupun dalam hati masih banyak yang perlu dilakukan untuk ayahanda tercinta yang walaupun sudah sembuh dari luka tapi masih mengharapkan agar anak2 senantiasa ada di sisi ..

Moga Allah memberi kelapangan dan kekuatan kepada diri ini untuk dapat berbakti sebaik mungkin kepada ayanhanda tercinta..

Terima kasih tak terhingga kepada isteri, anak2, jiran2, adik-beradik, kawan2, bos-bos dan anak2 buah yang memahami dan banyak memberi sumbangan dan support!

Amin...

Percutian Ke Utara - Diari 4 Hari 3 Malam - 2

Hari kedua di Langkawi..

Selepas solat subuh, aku keluar mencari sarapan pagi dan ada gerai berdekatan di jalan utama menjual nasi lemak.
Pagi2 kena makan berat sikit sebab nak pusing satu langkawi pulak..
Perancangan untuk hari kedua adalah..
1. Naik Kereta Kabel
2. Shopping
3. Mandi Pantai (Berenang dengan ikan he.. he.!)
Kalau berpandukan peta di atas, diringkaskan perjalanan kami setelah tiba dari Kuala Perlis sehari sebelumnya adalah seperti berikut;
1. Kami Turun di Jeti Kuah (Dalam peta dia tulis KUAH JETTY)
2. Dari Jeti Kuah Kami Berjalan Kaki sebelum menaiki kereta KIA OPTIMA (kereta yang disewa diambil depan Jeti Kuah)
3. Seterusnya kami mengikuti tuan punye Homestay (Nama tuan punye Homestay Sebenarnya En. Bidon, tapi yang datang jemput ari tu anak lelakinya yang bernama Azim) ke Durian Perangin Homestay yang berdekatan dengan Durian Perangin Waterfall.
4. Perjalanan Kami melalui Mini Zoo dan Galeria Perdana Sebelum tiba Di Homestay yang memakan masa hanya dalam 15 minit.

OK untuk hari yang Kedua, berdasarkan perancangan tadi kami akan ke Oriental Village dimana disitu lah tempat kereta kabel memulakan pendakiannya kepuncak bukit.

Selepas itu kami akan ke Pekan Kuah untuk bershopping (Sakan!), balik semula ke Homestay dan Petangnya kami akan ke Tanjung Rhu untuk Mandi Manda.
Tapi kita hanya mampu merancang, sebab hanya Allah yang mengetahui segalanya.
Kami memulakan perjalanan sebelum pukul 9 pagi untuk ke Oriental Village. Kalau dalam peta kat atas kami akan melalui Round About dan mengambil Jalan yang melalui Handicraft Cultural Complex tetapi kami telah tersalah ambik jalan menghala ke Langkawi international Airport. Jalan kat sini banyak la pula simpangnya tapi akhirnya kami sampai juga ke tempat yang hendak dituju sebelum pukul 10.

Sampai di Oriental Village tu tak ramai lagi orang yang sampai so parking (percuma!) pun tak de masalah.

Aku mula2 ingatkan takde ape 2 kat bawah tempat naik kereta kabel tu - rupa2nya kat bawah (Oriental Village) ni macam kawasan studio penggambaran yang besar yang ada macam2- Kedai, Gerai, Mini Zoo, Kolam, Jambatan, Cafe, Hotel dan sebagainya.

http://www.orientalvillage.my/





Kami sebenarnya telah membeli tiket awal2 masa ambil kunci kereta sewa di Jeti Kuah. Kata ejen tu kalau tak pakai boleh pulangkan balik dengan syarat jangan terkoyak.

Kami diberitahu yang angin bertiup agak kencang jadi Kereta Kabel tidak dapat dilepaskan pada masa terdekat dan kami diminta datang lain kali untuk mencuba nasib..

Nasib baik seperti yang dikatakan tadi kat bawah tu ada macam2 jadi bolehlah kami menghabiskan masa dulu disekitar oriental village sebelum mencuba nasib menaiki kereta kabel sekali lagi..

Selepas penat berjalan disekitarnya dalam hampir 2 jam disitu kami membuat keputusan untuk melupakan saja aktiviti menaiki kereta kabel kerana anging kencang belum lagi reda dan bercadang menukarnya kepada aktiviti menaiki Go-Kart.

Aktiviti Go-Kart pun terpaksa dilupakan kerana ada beberapa isu yang kurang menyenangkan walaupun kami telah sampai dilitar Go-Kart tersebut.

Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Pekan Kuah untuk bershopping sakan (kononnya!). Destinasi kami adalah Idaman Suri yang luasnya saujana mata memandang (Bangunan Seperti Dewan yang amat besar). Macam2 ada di jual disini (barang2 import la!) dari pinggan mangkuk, periuk belanga, coklat, langsir entah apa2 lagi lah..

Sesudah bershopping sakan kami menghala pulang ke Durian Perangin. Untuk menggantikan Akitivi yang tak dapat dilakukan tadi kami singgah di Mini Zoo.
Seperti namanya Mini Zoo, macam2 binatang ada tapi bilangannya tak banyak (yang paling banyak arnab dan burung kot!). Kami masuk melalui route yang telah disediakan (kira one way jelah tak bulih nak patah2 balik sesuka hati).

Tiada apa yang menarik sangat cumanya sebelum masuk, kami sekeluarga diminta bergambar bersama dengan dua ekor burung Kakak Tua Putih dan  ketika kami di pintu pagar untuk keluar dari zoo- kami ditawarkan untuk membeli cenderahati berupa foto kami sekeluarga yang diambil tadi dalam pelbagai jenis. Aku memang hangin jugak dengan taktik macam ni sebab aku rasa harga dia melampau sangat. Ambik la jugak sebab bini dan anak2 dah berkenan.

Pintu Keluar pula terpaksa melalui kedai yang juga menjual macam2- ni kira semua taktik memaksa orang melaluinya supaya mana yang tak tahan "godaaan" tu sedikit sebanyak akan mencapai kalau tak banyak pun sikit.. kami pun tak lari dari jadi mangsa.. anyway OK la sebab sapa2 yang datang ke langkawi ni biasanya yang nak shopping sakan..

Dah membeli kami terus pulang ke Homestay untuk berehat sekejap dan mengsis perut sebelum meneruskan rancangan kami seterusnya untuk mandi bersama ikan di Pantai. Dan pilihan kami yang terdekat adalah Pantai Tanjung Rhu.. tapi apa2 hal kena rehat dulu...

Jumpa Lagi...




Sunday, June 17, 2012

Percutian Ke Utara - Diari 4 Hari 3 Malam - 1

Assalamualaikum..!

Sambung pasal percutian kami sekeluarga ke utara masa cuti krismas tahun lepas.

Hari Pertama: Bangi Ke Sungai Petani

Kami bertolak agak lewat dalam pukul 3 petang dari Bangi - Anggaran dalam pukul 8 malam boleh sampai di Sungai Petani dan bermalam disana sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis pada pagi esoknya.
Kerana musim cuti, kenderaan teramat banyak di Highway Plus dan kami sampai di Sungai Petani dalam pukul 10 malam.
Inilah kali pertama saya melalui highway plus lebih dari Kuala Kangsar, biasanya kalau sesekali balik kampung ke Kota Bharu melalui Grik saya akan keluar ikut susur keluar Kuala Kangsar.
Bermakna kami akan merasai pengalaman baru apabila melepasi Kuala Kangsar . Jalan agak sesak ketika kami menghampiri Tol Juru dan selepasnya. Bagaimanapun kami semua merasa sungguh teruja sebab seperti yang diperkatakan tadi semuanya adalah pengalaman baru bagi kami.

Di Sungai Petani, kami bermalam dirumah keluarga kawan isteri saya semasa di ITM (sekarang UiTM) dulu. Tuan rumah menjemput kami selepas kami keluar Dari Tol Sungai Petani dan jarak perjalanan dari Tol ke rumah adalah dalam jangkamasa 10 minit.
Saya difahamkan yang sekitar rumahnya dulu adalah sawah padi tetapi sekarang tak banyak lagi sawah padi yang tinggal.
Disebabkan dah malam saya hanya nampak gelap saja kat luar, tak dapat nak melihat pemandangan sebenar.
Selepas mandi, kami dijamu makan oleh tuan rumah sekenyang2nya.
Oleh kerana keletihan kami terus tidur untuk meneruskan perjalanan keesokan pagi..
Isteri saya mungkin sempat berbual lebih panjang dengan tuan rumah sebab dah lama tak berjumpa...

Hari  Kedua: Sungai Petani ke Langkawi

Bangun sebelah pagi saya dapat melihat pemandangan sebenar sekitar rumah, memang kawasan sekitar sawah padi banyak ditambak untuk membuat rumah tapi  masih ada lagi sawah padi yang kelihatan. Suasana pagi sememangnya nyaman dan damai.
Selepas bersarapan dengan pulut durian yang sedap tak boleh nak cerita..(Terima kasih kepada Nani dan Keluarga kerana Menerima kami sebagai tetamu- moga Allah memberkati anda sekeluarga kerana layanan yang diberikan)
Gambar Hiasan- Bukan Gambar Sebenar sebab tak  bawa kamera


 kami bertolak ke langkawi sekitar pukul 9 pagi. Dalam perjalanan Kami  singgah di Pekan Rabu untuk melihat sendiri suasananya-agak meriah juga walaupun kami tiba agak awal (yang penting senang nak parking..)
Selepas membeli sedikit buah tangan kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis. Setahu saya ada dua tempat dimana kita dapat menaiki feri satu di Kuala Kedah dan satu lagi di Kuala Perlis.

Sampai di Kuala Perlis kat pukul 12 lebih - matahari atas kepala.

Tengok kawasan parking banyak, dan banyak pulak yang penuh, so pergi la tanya mamat yang dok atas motor macam mana nak parking kat situ. mamat tu cerita parking kat mana2 pun sama saja, Majlis Bandaran charge RM10 sehari.

Aku pun dah malas nak pikir2 lagi ikut aje mamat tu cari tempat parking. rupanya tempat parking di mana saja tempat kosong di tepi jalan disekitar kawasan Jeti Kuala Perlis. Walaupun ada kawasan parking yang "berpagar" dengan caj yang sama- untuk tak cari hal aku bayar aje kat mamat tadi RM30 untuk 3 hari . Dia kata malam2 dia pakat dengan kawan2 akan ronda untuk jaga keselamatan kereta dibawah "jagaannya".

Aku dah turunkan awal2 beg2 dan ahli keluarga yang lain berhadapan dengan jeti tadi sebab aku agak tempat parking mungkin jauh, senang la nak minta mamat tadi hantar aku ke Jeti.

Kami makan tengahari di restoran yang berdepan dengan jeti.

Lepas makan aku pergi check tiket feri untuk ke langkawi- masa tu tiket yang terdekat kalau tak silap pukul 1:30 dah habis, so aku ambik tiket yang seterusnya pukul 3 ptg. Seperti yang dijangka, pukul 4 ptg baru feri sampai dan kami sampai di Jeti Kuah dalam pukul 5 ptg.
Jeti Kuala Perlis

Aisyah dan Dina Masa Menunggu Feri Kat Jeti Kuala Perlis





Tiba di Jeti Kuah dan keluar saja dari terminal aku terus menelefon tuan Kereta dan Tuan Homestay. Segalanya berjalan lancar walaupun kelam kabut sikit sebab aku tak tahu kat mana restoran KFC.

Lepas ambik kereta (KIA Optima) - aku terus ikut Tuan Homestay ke Homestaynya di Durian Perangin.

Perjalanan dalam 15 minit je-sampai sana kat pukul 6 ptg.

http://www.homestaylangkawi.com/











Lepas dah masukkan barang2 dalam rumah, aku keluar untuk pergi mencari barang2 makanan untuk dimakan. Kedai Runcit yang terdekat adalah jalan untuk ke Pantai Tanjung Rhu.

Lepas makan malam, kami sekeluarga keluar untuk Shopping sebab takut tak cukup masa keesokkannya dengan aktiviti yang telah dirancang penuh.

Kami terus ke Pekan Kuah dimana masih ada banyak kedai yang dibuka walaupun jam dah melebihi pukul 9 malam.

Kami sempat membeli coklat yang ternyata amat murah dan window shopping untuk membuat perbandingan harga.

Pukul 10 malam kebanyakan kedai dah mula tutup dan kami pulang ke Home Stay untuk berehat...
Untuk hari kedua saya sambung di post yang lain...