Sunday, October 9, 2011

Bersediakah anda untuk "Pergi Lebih Jauh"?


Assalamualaikum!

Lama dah tak update blog ni..semangat nak update tak pernah luntur lagi lantaran kerana hidup ini untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

Berbalik kepada "Pergi Lebih Jauh". Berdasarkan entry saya sebelum ini pasal masa yang diambil untuk mendapatkan data yang diinginkan untuk tujuan rujukan ataupun dianalysis untuk dipersembahkan kepada pihak seterusnya (pelanggan). Kadang2 pelanggan terakhir itu mungkin diri kita sendiri.

Mari kita lihat secara lebih spesifik di tempat kita bekerja, sedar atau tidak database ini digunakan dimana2 saja, paling kurang pun system pembayaran gaji. Selain dari itu ada lagi data2 yang perlu untuk dibuat rujukan seperti rekod kedatangan pekerja, cuti, lewat, Rekod2 berkenaan production, defect, Inspection dan sebagainya...

ramai yang tak menafikan yang setiap rekod yang ada memerlukan database yang bersesuaian supaya segala manafaat dari rekod tadi dapat digunakan sebagai rujukan dan ataupun dianalisis dalam merancang membuat sesuatu perkara ataupun mencari punca masalah atas sesuatu masalah yang sedang dihadapi.

Saya sering terfikir kenapa kita (Rakyat Malaysia umumnya dan Kaum Melayu khususnya) sukar untuk pergi lebih jauh?. adakah 1. kita tidak cukup pandai? adakah 2. kita lembab? atau 3. adakah sebab kita ada sebab pelupa (tak kisah) atau 4. kita kurang berusaha untuk membaiki keadaan.
Saya berpendapat, yang ke-3 dan ke-4 adalah masalah utama yang kita hadapi.
Semasa saya mula bekerja ditempat saya bekerja sekarang, Bos Jepun saya telah menetapkan sasaran yang dalam masa 5 tahun, kita akan dapat keupayaan untuk buat kerja berkenaan dengan product design from A to Z.
Tetapi sekarang selepas 15 tahun (Beberapa orang bos Jepun dah bertukar ) kita masih terkial2 dengan macamamna nak buat testing dan macammana nak faham kegunaan produk yang kita buat.

Kita masih lemas dalam kerja2 biasa yang tak memerlukan kepakaran yang tinggi...
Siapa yang patut disalahkan disini...

Bos Jepun? atau orang kita sendiri?
Hingga jumpa lagi....

Wassalam....



No comments:

Post a Comment