Assalamualaikum..
Bersambung lagi - Biasanya alatan yang sesuai akan memudahkan sesuatu kerja (Masa, Tenaga, Kos, Keselamatan dan Kualiti).
Cuba bayangkan untuk kita membuka 5 tin sardin dengan pisau.. dan bayangkan pula kita menggunakan pembuka tin yang dijual di pasar malam...
So sebelum saya fokus pada diri saya, ingatan saya disini untuk semua baik cikgu, professor, penjual pasar tani, nelayan, engineer, doktor, pensyarah, peniaga pasar malam, kerani pejabat hatta surirumah cuba fikirkan adakah anda telah ada dan menggunakan alatan yang sesuai dalam melakukan tugas seharian... jangan renungkan saja, ambil tindakan sebab itu akan membantu anda dalam menjalankan "Amanah" anda sebaik mungkin yang pahalanya hanya Allah yang dapat membalasnya..
Jumpa lagi ....
P/S: Gambar di atas di petik dari website dibawah berkenaan dengan Alatan yang Sesuai dalam bidang pertanian di Africa
No comments:
Post a Comment