Aku biasanye ke pasar untuk beli lauk pauk pada hari Ahad.
So hari sabtu tu boleh kata hari untuk relaks dan melayan keluarga.
Untuk hari ni aku tolong bini lipat kain baju yang dibasuh 2,3 hari lepas. Bini aku sekarang sarat mengandung nak masuk 6 bulan. Biasanye dia tak perlukan pertolongan aku untuk lipat melipat baju ni... anyway aku pun pasal lipat melipat baju ni dah expert dah..
Tiba2 anak aku sebut pasal nak pergi Petrosains kat KLCC tu(aku dah lama janji dengan budok2 tu.. ). So aku mengiyakan saja.. tapi lepas tu aku buat keputusan tak jadi pergi atas alasan mereka bergaduh dan tak ada perasaan kerjasama antara adik beradik (Kejam jugak aku dengan keputusan tu..)
Petangnya pulak lepas makan tengahari, timbul pulak usul untuk pergi mandi kolam...pasal ni kira orait sebab dekat je kat dalam UKM. Kalu ikut rekod adalah sebulan sekali aku bawak budak2 ni pergi mandi kolam.
Bayaran Masuk RM3 untuk budak dan RM5 untuk dewasa. Tapi tengok kat luar gelap semacam je.. terus tak de mood.
SO bila hujan start turun, masing2 dah tidur (termasuk aku sekali). Sedar2 dah pukul 6.00 petang, jadi aktiviti mandi kolam pun kensel.. Bawak ke esok pulak.
No comments:
Post a Comment