Lepas hantar dia orang, aku bercadang nak pergi beli nasi kerabu kat Taman Kantan Permai.
On the way kesana, aku terpikir pulak nak ke pasar kajang cari mana2 barang yang jarang jumpa.
Tambah2 bini aku dah selalu sebut nak makn sayur putih pucuk paku.. pucuk paku biasanya susah nak jumpa, tapi kalau jenis yang banyak daun tu mana2 pun ada.
Kat pasar Kajang ni kira meriah la berbanding dengan pasar kat B.B Bangi-Bole kata semuannya ada dari sayur kampung, ubi keledek, keropok lekor yang tak goreng lagi hingga ikan perhiasan pun ada jual. Lauk-pauk toksah nak cerita la, sampai penjual ikan guna teknik memanggil orang untuk menjual..
Lepas beli apa yang patut (pucuk paku, keropok lekor, telur sepapan) aku pun terus ke Restoran Selera Pantai Timur untuk beli nasi kerabu.
Dulu sebenarnya aku menyewa dekat Taman Kantan Permai. Masa tu Restoran tak de lagi, cuma gerai je.. tapi sekarang dah 2 lot rumah kedai dah... Aku tak hairan sebab masakan dia sedap dan harga amat berpatutan.
Owner dia orang Tebing Tinggi , atas Parang Puting. Namanya Abang Hassan. Aku kerap jugak mintak dia buka cawangan kat Bangi, tak yah lah aku nak gi kajang semata2 nak makan nasi kerabu...
Petang tu pulak aku bawak anak aku pergi mandi kolam kat UKM (ganti minggu lepas yang tak jadi). Amirah pun dah pandai dah berenang so aku pun tak de la risau sangat lagi pasal diaorang...