Saturday, May 9, 2009

Persatuan Penduduk

Pada Sabtu 9 May 2009, Berlangsung AGM kali ke 5 Bagi Penduduk Taman Bangi 3 di Surau Abdul Rahman bin Auf.

Yang paling ketara adalah kedatangan penduduk untuk mesyuarat boleh dikatakan semakin berkurangan dari tahun ke tahun...
Kalau tahun sudah cecah 100 orang, tahun ni nampak macam tak sampai 50 orang...
Kenapa ini berlaku sedangkan bilangan penduduk boleh dianggarkan mencapai 1000 orang.

Ada dua perkara utama yang dibincangkan iaitu.

1. Berkenaan dengan isu keselamatan taman
2. Berkenaan dengan penggabungan persatuan penduduk dengan ajk surau

Isu pertama adalah satu issue yang selalu dibahaskan semasa mesyuarat.
Topiknya adalah tentang "Perlu atau Tak Perlu diadakan Jagaan Keselamatan?"
Ramai yang sebenarnya berpendapat perlu tapi tak kurang yang berpendapat tak perlu langsung.
Saya masih ingat lagi masa mula2 tinggal di taman ni dalam tahun 2003, saya adalah beberapa antara orang yang terawal mendiami rumah disini (lepas dapat tahu rumah dah siap, cepat 2 bagi notis 2 bulan kat tuan rumah sewa kerana nak jimatkan kos!).
So malam2 yang terawal tu kira tak dapat nyenyak tidur jugak sebab takut orang menceroboh masuk (memang berlaku pada rumah orang lain.. rumah sebelah pun terkena jugak..). Masa tu kita baru ada penaja persatuan, dan adalah diadakan perbincangan untuk bergilir2 menjaga keselamatan taman.
Memang masa tu takde option lain sangat melainkan dibuat satu jadual waktu untuk bergilir2 meronda malam.
Mase ni sebab orang tak ramai lagi kat taman so kita boleh kenal sorang2, tak semestinya jiran sebelah tapi seluruh pelosok taman kita cam muka dia cuma nama je kadang2 tak tahu.
Kalau sekarang ni dah tak kenal sangat dah orang2 yang baru masuk..
Bergilir2 ni kira berterusan la beberapa bulan tapi masalah jugak sebab ada member2 yang tak boleh join on schedule- so biasanye repeat orang yang sama je lah.
Lepas pada tu bila persatuan tertubuh dengan jayanya, kutipan telah di lakukan sebanyak 20 ringgit sebulan untuk satu rumah. Ini untuk di bayar kepada syarikat yang menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan.
Ini pun ada beberapa issue seperti pengawal tak menjalankan tugasan yang sewajarnya dan masalah kutipan (awalnya kira OK tapi lama2 kutipan makin sukar atas beberapa factor)
Terkini, kutipana masih lagi dilakukan cuma, pengawal keselamatan di gaji sendiri oleh persatuan. Ini telah menjimatkan perbelanjaan untuk keselamatan dan juga memastikan mengawal berjalan tetapi isu kutipan masih lagi menjadi isu utama.....
Terbaru AJK yang dipertanggungjawabkan telah keluar dengan idea2 yang proaktif bagi mengutip yuran bayaran seperti meletakkan banner kesedaran di pintu masuk utama jalan ke taman dan menyediakan kaunter di surau untuk kutipan terutamanya di bulan puasa..
Moga dengan ini kutipan diharapkan akan bertambah .....

Wednesday, April 22, 2009

Nasi Kerabu

Hari Sabtu lepas Anak aku 2 orang tu sekolah (Ganti untuk Hari Raya!..).
Lepas hantar dia orang, aku bercadang nak pergi beli nasi kerabu kat Taman Kantan Permai.
On the way kesana, aku terpikir pulak nak ke pasar kajang cari mana2 barang yang jarang jumpa.
Tambah2 bini aku dah selalu sebut nak makn sayur putih pucuk paku.. pucuk paku biasanya susah nak jumpa, tapi kalau jenis yang banyak daun tu mana2 pun ada.

Kat pasar Kajang ni kira meriah la berbanding dengan pasar kat B.B Bangi-Bole kata semuannya ada dari sayur kampung, ubi keledek, keropok lekor yang tak goreng lagi hingga ikan perhiasan pun ada jual. Lauk-pauk toksah nak cerita la, sampai penjual ikan guna teknik memanggil orang untuk menjual..

Lepas beli apa yang patut (pucuk paku, keropok lekor, telur sepapan) aku pun terus ke Restoran Selera Pantai Timur untuk beli nasi kerabu. 
Dulu sebenarnya aku menyewa dekat Taman Kantan Permai. Masa tu Restoran tak de lagi, cuma gerai je.. tapi sekarang dah 2 lot rumah kedai dah... Aku tak hairan sebab masakan dia sedap dan harga amat berpatutan. 
Owner dia orang Tebing Tinggi , atas Parang Puting. Namanya Abang Hassan. Aku kerap jugak mintak dia buka cawangan kat Bangi, tak yah lah aku nak gi kajang semata2 nak makan nasi kerabu...

Petang tu pulak aku bawak anak aku pergi mandi kolam kat UKM (ganti minggu lepas yang tak jadi).  Amirah pun dah pandai dah berenang so aku pun tak de la risau sangat lagi pasal diaorang...

Saturday, April 11, 2009

Aktiviti Hari Sabtu

Biasanya hari sabtu banyak masa dihabiskan di rumah.
Aku biasanye ke pasar untuk beli lauk pauk pada hari Ahad.
So hari sabtu tu boleh kata hari untuk relaks dan melayan keluarga.

Untuk hari ni aku tolong bini lipat kain baju yang dibasuh 2,3 hari lepas. Bini aku sekarang sarat mengandung nak masuk 6 bulan. Biasanye dia tak perlukan pertolongan aku untuk lipat melipat baju ni... anyway aku pun pasal lipat melipat baju ni dah expert dah..

Tiba2 anak aku sebut pasal nak pergi Petrosains kat KLCC tu(aku dah lama janji dengan budok2 tu.. ).  So aku mengiyakan saja.. tapi lepas tu aku buat keputusan  tak jadi pergi atas alasan mereka bergaduh dan tak ada perasaan kerjasama antara adik beradik (Kejam jugak aku dengan keputusan tu..)

Petangnya pulak lepas makan tengahari, timbul pulak usul untuk pergi mandi kolam...pasal ni kira orait sebab dekat je kat dalam UKM. Kalu ikut rekod adalah sebulan sekali aku bawak budak2 ni pergi mandi kolam.

Bayaran Masuk RM3 untuk budak dan RM5 untuk dewasa. Tapi tengok kat luar gelap semacam je.. terus tak de mood.
SO bila hujan start turun, masing2 dah tidur (termasuk aku sekali). Sedar2 dah pukul 6.00 petang, jadi aktiviti mandi kolam pun kensel.. Bawak ke esok pulak.

Sunday, April 5, 2009

KOOPAJ

Semalam, aku ke DK1 pusat asasi sains UM (selepas 17 tahun tamat belajar kat AAJ...) kerana menghadiri AGM yang pertama KOOPAAJ.
Aku kesana bersama dengan Edyris. 
Kebanyakan yang hadir adalah student AAJ dan Jugak Bekas Pelajar Dari Batch 9 (sama batch ngan aku..)
Tak Banyak perubahan kat AAJ dan Pusat Asasi Sains.. masih seperti dulu.
Pasal KOOPAAJ ni, matlamat utamanya adalah bussines dan sosial.
Kebanyakan AJK penaja adalah mereka yang telah berjaya dalam bussiness masing2. Mereka mempunyai wawasan untuk menyatupadukan warga bekas2 pelajar AAJ dalam bidang perniagaan.
Aku dan Edyris pun dah mendaftar sebagai ahli dengan bayaran RM10... geng2 lain silalah mendaftar sama..

Friday, April 3, 2009

Blog

Hari ini aku bangun pukul 5 pagi. Dah tak boleh sambung tidur, so aku on computer dan melayari internet.

Lepas baca komen pasal pak lah dan mahathir aku bukak pulak khir toyo punye blog.
kat situ ada link nak buat blog so aku pun proceed la..

Akhirnye jadilah blog ni.. nanti aku plan nak modified lagi.. wait and see.