Assalamualaikum..
Alhamdulillah kami sekeluarga (8 orang) akhirnya dapat jugak menjejakkan kaki ke utara tanahair semasa cuti krismas yang lalu.
Kalau ikutnya ini adalah permintaan kakak Amirah daripada tahun lepas lagi sebab mendapat keputusan yang cermerlang dalam UPSR.
Beberapa hari sebelum membuat keputusan untuk pergi bercuti, saya telah memulakan dengan membuat satu pertandingan mencipta pakej percutian diantara kami sekeluarga. Tujuan utamanya adalah untuk melibatkan kesemua orang dalam memikirkan percutian yang terbaik dari segi kos, masa, keterujaan dan sebagainya.. dan disebaliknya ini adalah salah satu cara untuk melatih anak2 bagaimana untuk merancang dan melakukan sesuatu perkara yang berfaedah pada musim cuti yang agak panjang.
Untuk Pakej yang terbaik (Berdasarkan undian diterima dari semua ahli keluarga) akan diberi hadiah wang tunai RM20.
Saya telah membuat template untuk mereka memasukkan maklumat yang sepatutnya seperti nama pakej, lama, mod pengangkutan, penginapan, kos, ringkasan aktiviti dan juga aktiviti terperinci untuk setiap hari semasa pakej tersebut.
Selepas Tarik tutup penyertaan saya pula membuat template presentation untuk mereka mempromosikan pakej mereka tadi didepan semau ahli keluarga dengan menggunakan komputer.
Semasa Proses tadi saya telah mengajar sedikit sebanyak kepada anak2 untuk menggunakan komputer dalam membuat perkara2 yang lebih berfaedah selain dari bermain game dan melayari you tube atau facebook.
Saya menunjukkan bagaimana untuk menggunakan spreadsheet dan juga presentation software dan pada masa yang yang sama menggunakan internet untuk mencari maklumat tentang tempat yang ingin dicadangkan.
Akhirnya kita dapat 4 penyertaan (3 dari anak, 1 dari saya), keempat2 telah dipersembahkan kepada semua ahli keluarga menggunakan komputer (semua masuk dalam bilik dan menghadap komputer dan lampu ditutup).
Masing2 diberikan 2 undian untuk memilih pakej yang disukai dan Tempat pertama jatuh kepada Ashraf (anak no. 3-umur 9 tahun)
Saya nak cerita lagi tentang percutian ini di next post...
Wassalam
Masing2 diberikan 2 undian untuk memilih pakej yang disukai dan Tempat pertama jatuh kepada Ashraf (anak no. 3-umur 9 tahun)
Saya nak cerita lagi tentang percutian ini di next post...
Wassalam