Saturday, May 9, 2009

Persatuan Penduduk

Pada Sabtu 9 May 2009, Berlangsung AGM kali ke 5 Bagi Penduduk Taman Bangi 3 di Surau Abdul Rahman bin Auf.

Yang paling ketara adalah kedatangan penduduk untuk mesyuarat boleh dikatakan semakin berkurangan dari tahun ke tahun...
Kalau tahun sudah cecah 100 orang, tahun ni nampak macam tak sampai 50 orang...
Kenapa ini berlaku sedangkan bilangan penduduk boleh dianggarkan mencapai 1000 orang.

Ada dua perkara utama yang dibincangkan iaitu.

1. Berkenaan dengan isu keselamatan taman
2. Berkenaan dengan penggabungan persatuan penduduk dengan ajk surau

Isu pertama adalah satu issue yang selalu dibahaskan semasa mesyuarat.
Topiknya adalah tentang "Perlu atau Tak Perlu diadakan Jagaan Keselamatan?"
Ramai yang sebenarnya berpendapat perlu tapi tak kurang yang berpendapat tak perlu langsung.
Saya masih ingat lagi masa mula2 tinggal di taman ni dalam tahun 2003, saya adalah beberapa antara orang yang terawal mendiami rumah disini (lepas dapat tahu rumah dah siap, cepat 2 bagi notis 2 bulan kat tuan rumah sewa kerana nak jimatkan kos!).
So malam2 yang terawal tu kira tak dapat nyenyak tidur jugak sebab takut orang menceroboh masuk (memang berlaku pada rumah orang lain.. rumah sebelah pun terkena jugak..). Masa tu kita baru ada penaja persatuan, dan adalah diadakan perbincangan untuk bergilir2 menjaga keselamatan taman.
Memang masa tu takde option lain sangat melainkan dibuat satu jadual waktu untuk bergilir2 meronda malam.
Mase ni sebab orang tak ramai lagi kat taman so kita boleh kenal sorang2, tak semestinya jiran sebelah tapi seluruh pelosok taman kita cam muka dia cuma nama je kadang2 tak tahu.
Kalau sekarang ni dah tak kenal sangat dah orang2 yang baru masuk..
Bergilir2 ni kira berterusan la beberapa bulan tapi masalah jugak sebab ada member2 yang tak boleh join on schedule- so biasanye repeat orang yang sama je lah.
Lepas pada tu bila persatuan tertubuh dengan jayanya, kutipan telah di lakukan sebanyak 20 ringgit sebulan untuk satu rumah. Ini untuk di bayar kepada syarikat yang menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan.
Ini pun ada beberapa issue seperti pengawal tak menjalankan tugasan yang sewajarnya dan masalah kutipan (awalnya kira OK tapi lama2 kutipan makin sukar atas beberapa factor)
Terkini, kutipana masih lagi dilakukan cuma, pengawal keselamatan di gaji sendiri oleh persatuan. Ini telah menjimatkan perbelanjaan untuk keselamatan dan juga memastikan mengawal berjalan tetapi isu kutipan masih lagi menjadi isu utama.....
Terbaru AJK yang dipertanggungjawabkan telah keluar dengan idea2 yang proaktif bagi mengutip yuran bayaran seperti meletakkan banner kesedaran di pintu masuk utama jalan ke taman dan menyediakan kaunter di surau untuk kutipan terutamanya di bulan puasa..
Moga dengan ini kutipan diharapkan akan bertambah .....